Di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan kapsyen Rita itu.
Ads
Malah, ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Rita dan anak-anaknya.
Sebelum ini, Rita dan bekas suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak sah bercerai talak satu pada tahun 2013 lalu. Hak penjagaan kedua-dua anak mereka, adalah pada pelakon filem Mami Jarum itu.
Foto/Instagram: Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang kini sedang fokus terhadap drama rantaian terbaru terbitan syarikatnya, Darkwave Pictures berjudul Syukrgaku Tak Sempurna 2 (STS2) bakal ke tanah suci bagi menunaikan umrah 10 Disember depan.
Turut menyertai rombongannya ke sana ialah ahli keluarga tercinta.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci dengan lebih lanjut, Rafiena menjelaskan niat untuk menunaikan umrah sebenarnya sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk ke tanah suci sudah lama, dah lama tergerak hati tetapi masih belum berkesempatan dan akhirnya, nenek bersama ahli keluarga lain yang pergi tunai umrah terlebih dulu. Malah emak pun sudah pun dipanggilNya untuk tunai haji.
“Jadi kali ini saya sudah tekad untuk jejakkan kaki ke sana seterusnya tunai umrah buat kali pertama, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk ke sana kali ini, Rafiena menjelaskan semuanya bermula dengan tiga mimpi berkaitan yang seolah-olah menjentik hati.
“Sudah tiga kali saya mimpi perkara yang hampir sama. Pertama tahun lalu apabila saya mimpi sedang melakukan solat betul-betul di hadapan kaabah. Tiada ramai orang waktu itu dan saya dengan mudah dapat lakukan solat.
“Mimpi kedua pula, saya berpeluang untuk mencium Hajarul Aswad selepas tunai solat sehinggalah yang terbaru, saya sekali lagi mimpi berjalan menuju kaabah dengan emak. Jadi memang kali ini saya kena tekadkan niat untuk ke sana.
“Rasa tak sabar dan alhamdulillah, moga semuanya akan dipermudahkan,” terang Rafiena yang sudah berniat untuk mendoakan kesejahteraan keluarga selain mendoakan yang baik-baik buat perkembangan syarikat dan anak syarikat yang lain.
“Pohon doa yang baik-baik, dimurahkan rezeki serta dihindari daripada hasad dengki,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rafiena turut menyambut kehadiran seramai 40 orang anak angkatnya dari Madrasah Idrisiah, Perak.
Selain dapat beramah mesra sebelum pemergian Rafiena ke tanah suci, anak-anak ini juga turut berkesempatan menyaksikan sendiri penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam.
“Saya memang mahu isi masa bersama mereka sebelum tunai umrah dan kebetulan dapat berjumpa sebab mereka dari Seremban kerana mengikuti satu program. Jadi bila mereka hadir, dapatlah anjurkan sedikit jamuan dan doa selamat,” akhirinya.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah para pelakon drama tersebut iaitu Raja Ilya dan Zarina Zainoordin. Sekuelnya turut menampilkan lakonan mantap Shah Iskandar dan Haliza Misbun sementara sutradara Raja Mukhriz pula menggalas tugas sebagai pengarah.
STS2 dijangka bakal ditayangkan menerusi saluran Hypp TV Mac tahun hadapan.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini, seluruh umat Islam bakal menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah S.A.W ianya pasti bermakna buat mereka yang berangkat ke tanah suci, Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Bersempena itu, MH kongsikan beberapa selebriti tempatan yang sudah dan bakal menjalankan ibdah umrah bulan ini.
Selepas berjaya menamatkan cabaran BeeMan Challange, pelawak, Shuib Sepahtu telah membawa isterinya, Siti Sarah untuk menunaikan ibadah umrah. Mereka dilaporkan telah bertolak ke tanah suci, Mekah pada 13 November lalu.
Sebentar tadi, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf mengumumkan dia bersama keluarganya akan berangkat ke Mekah pada hari ini. Berita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh isterinya, Puteri Sarah di laman Instagram. Apa-apa pun, MH doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.
Ketika ini, penyanyi dan pelakon, Marsha Milan sedang berada di Kota Mekah bagi menunaikan umrah bersama keluarga mertuanya. Menerusi perkonsian Marsha di Instagram, penyanyi tersebut dilihat gembira menikmati suasana indah di tanah suci. Sebuah video juga telah tular di media sosial yang memperlihatkan Marsha sedang melindungi ibu mertuanya yang sedang solat di hadapan Ka’abah.
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida memutuskan untuk pergi ke Mekah tanpa kehadiran suaminya di sisi. Namun apa yang menariknya, kali ini DS Shahida berangkat ke Tanah Suci dengan hanya bertemankan anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi.
Baru sahaja memunaikan fardhu haji beberapa bulan lalu, rezeki pelakon, Fouziah Gous dilihat bertambah murah apabila sekali lagi dia dijemput ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Fouziah turut berkongsi beberapa fotonya bersama keluarga di laman Instagram
Penyanyi, Datuk Nassier Wahab turut tidak ketinggalan menunaikan fardhu umrah di bulan istimewa ini. Sepanjang sesi umrahnya itu, Datuk Nassier sering berkongsi suasana ketika berada di kota Mekah bersama pengikutnya di Instagram.
Penyanyi dan pelawak, Mark Adam mengakui berasa sebak apabila mengetahui permohonannya untuk berangkat ke kota suci, Mekah diluluskan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Mark bersama isteri dilihat gembira merasai pengalaman pertama mereka berada di bumi kelahiran Rasulullah itu
Foto: Instagram Artis Terlibat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mya Ruslee mengakui tidak akan menyembunyikan status andai dia sudah pun bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati, yang sudah dikenalinya lebih dua tahun lalu.
Tidak menafikan bahawa hubungan di antara mereka masih terlalu awal untuk merencanakan ke suatu fasa yang lebih serius, Mya bagaimanapun lebih selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dulu.
“Kalau ada (fasa seterusnya) kita akan kongsi. Benda baik buat apa nak sembunyikan. Cuma kalau ditanya nak bertunang atau terus kahwin tu, saya tiada jawapan lagi. Sebab semuanya masih lagi di peringkat awal.
“Benda macam ni kena bawa bincang sesama kedua-dua belah pihak. Jadi setakat ini belum pun ada terfikir ke arah itu. Saya pun baru sahaja selesai dengan program Gegar Vaganza. Jadi lebih baik untuk fokus dalam kerjaya terlebih dulu.
“Saya akan kembali promosikan single terdahulu berjudul Perlu Ada Setia. Ada juga rancang untuk shooting muzik videonya,” katanya kepada MH.
Menjawab ‘usikan’ nakal sesetengah orang yang mengatakan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari ini sering tayang kekasih yang lebih muda darinya, Mya mempunyai pendiriannya sendiri.
Tegasnya, ia terpulang kepada persepsi orang sekeliling, cuma apabila ada seorang lelaki di sisi, dia rasa lebih selamat dan terjaga.
“Kalau nak diikutkan saya dah lalui macam-macam benda. Malah, peminat sekarang lebih terbuka dan bijak menilai. Bukan nak bawa dia sesuka hati. Dia pun ada bantu saya itu dan ini.
“Lagi pula, senang cerita macam saya ni pernah berkahwin dan bercerai. Jadi ada sesetengah mentaliti orang tu kalau sebut saja fasal wanita status janda mesti akan cakap mulalah nak cari hak orang.
“Lalu, ada baiknya kalau saya bawa dia. Jadi orang yang pandangan sedemikian akan senyap. Tapi apapun, ia terpulang pada penerimaan masing-masing. Saya sendiri tiada masalah kalau ada yang anggap yang bukan-bukan,” terangnya lagi.
Terdahulu, Mya ditemui sejurus pelancaran produk Al-Fateh Junior di Hotel Royal Chulan Te Curve, Damansara pada Sabtu.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Nora Ariffin, Ezlynn, Lisdawati bersama suami, Yassin Sulaiman, Riz Amin dan ramai lagi.
Pertama kali dianjurkan, program adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran rangkaian Al-Fateh di pasaran.
“Produk Al-Fateh Junior merupakan pemakanan tambahan madu dan buah-buahan seperti delima dan anggur yang dihasilkan khusus buat kanak-kanak seawal 6 tahun hingga 25 tahun.
“Pada masa sama, pada majlis ini turut diadakan kempen beli dan menang dengan hadiah bernilai lebih RM400,00,” kata pengarah urusan Al-Fateh Alami Sdn. Bhd, Tuan Ariff Subri bersama isteri dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan.
#MHlive wow rindu nak dengar Nora nyanyi. Mantop lagi suara doa weh! Yang penting Ezlynn, Mya Ruslee, Sasha Saidin dan Yassij Sulaiman pun pakat nyanyi. Best!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.