Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan, majlis persandingan semula bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapa, Datuk Yaakob Mohammad.
Malah, majlis yang diadakan awal malam tadi juga merupakan simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13, memetik mStar Online.
Tambah Fazley, arwah bapanya pernah berpesan meminta mereka untuk bersanding semula dan amanat tersebut sekali lagi disampaikan seminggu sebelum kematian Allahyarham pada 8 Februari 2016.
Terdahulu, kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media hadir meraikan sesi resepsi yang bertemakan tradisional moden itu.
Ads
Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis, termasuk memori rakaman ucapan istimewa ucapan arwah bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun yang mengundang rasa sebak di hati para tetamu.
Dilangsungkan di Laman Lanai Neo Damansara, pasangan ini bernikah pada 7 November 2005.
Sama cantik sama padan, berikut merupakan foto-foto istimewa sepanjng majlis berlangsung.
Baru saja menyambut kelahiran anak bongsunya lebih dua bulan lalu, Lisdawati kini kembali rancak di lokasi penggambaran.
Akui bintang yang memasuki usia 40-an tahun ini, dia mengakui pada fasa sekarang, keutamaannya adalah pada keluarga yang dibina bersama aktor, Fauzi Nawawi.
Bagaimanapun, anda punya masa dan tawaran lakonan yang hadir tepat pada masanya, dia sebolehnya tidak akan menolak. Sebaliknya menyifatkan tawaran lakonan yang datang sebagai rezeki sekeluarga.
“Alhamdulillah saya baru sahaja lepas berpantang anak yang keempat. Sekarang bayi lelaki saya sudah berumur dua bulan setengah. Saya masih lagi aktif berlakon dan baru-baru ini ada muncul menerusi drama bersiri Bahagia Bukan Bidaan bersama suami, Fauzi Nawawi.
“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nora Danish dan juga Datuk Adi Putra,” katanya.
Lebih menarik Lis turut menambah sewaktu penggambaran drama berkenaan, usia bayi lelakinya baru sahaja mencecah 20 hari.
“Ketika penggambaran, usia bayi saya baru sahaja 20 hari. Saya dah terima tawaran berlakon ni sebelum bersalin lagi. Kalau nak ikutkan saya bersalin awal 10 hari dari tarikh jangkaan. Jadi kerana komitmen tersebut saya perlu lakukan juga penggambaran tersebut.
“Nasib baik saya berlakon bersama suami dan adegan yang melibatkan saya semuanya di rumah. Jadi saya tidak terlalu terdedah dengan angin luar. Bayi saya juga saya perlu bawa bersama kerana dia masih menyusu badan. Saya bawa pembantu untuk uruskan bayi ketika saya berlakon,” Jelas Lis.
Setiap individu pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Misalnya pelakon cantik, Nelydia Senrose yang rupa-rupanya mempunyai masalah fobia dengan ketinggian.
Menerusi IG Stories di Instagramnya, difahamkan Nelydia ada melakukan sesi photoshoot di salah satu bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa khusus bagi mendapatkan latar belakang bandar indah di kawasan tersebut.
Bagaimanapun, dek fobia sehingga tidak boleh berdiri gara-gara gayat kerana difahamkan berada pada ketinggian bangunan pada aras 148 tingkat itu, pelakon Cinta Tiada Ganti itu mulai ketakutan!
Tidak mahu patah semangat, Nelydia tetap memberanikan diri meneruskan photoshoot tersebut dan mahu berdiri, namun perasaan gayatnya itu tidak dapat dikawal, sebaliknya dia hanya mampu duduk secara bersimpuh sambil menangis.
Selang beberapa ketika, adik kepada Uqasha itu dilihat tersandar pada sebatang tiang di suatu sudut bangunan tertinggi itu.
Aduhai, tak sangka Nelydia ni seorang yang gayat dan takut akan ketinggian, kan?
Foto: Insta Stories Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Normah Damanhuri mengatakan bahawa isu bayaran pelakon untuk sesuatu projek itu tidak seharusnya menjadi satu isu.
Katanya, tidak perlu ada soal perbezaan bayaran yang dikenakan kepada pelakon yang sudah memenangi anugerah dengan yang lain.
“Sepatutnya, pihak tertentu kena tahu menilai kerja kita. Bila kita dah beri komitmen penuh, disiplin serta fokus untuk sesuatu watak itu, kiranya memang all out untuk kerja yang diberi.
“Jadi kenalah nilai daripada situ dan tahu berapa perlu bayar seseorang itu,” katanya kepada MH.
Normah berkata demikian ketika ditemui Anugerah Skrin 2018 (ASK) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.
Katanya lagi, Normah turut berkongsi harga ‘tidak masuk akal’ yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon.
“Ada satu projek, hari shooting banyak, episod pun banyak, lokasi juga banyak tapi harga yang dibayar itu seperti harga satu telemovie, agak-agaklah berapa, jadi saya terpaksalah tolak secara baik.
“Sebenarnya semua ini rezeki, kadang-kadang dapat yang okay, tapi kalau yang tak ok tu memang tak ok sangat.
“Kalau ikutkan memang saya nak kerja lagi-lagi dah umur begini, selagi sihat memang nak kerja, tapi kalau terlampau rendah sangat memang sedih. Tapi tak semua lah begitu. Kalau yang okay, okay sangat,” kongsinya lagi.
Pada malam ASK, Normah membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem bagi filem Pinjamkan Hatiku.
Foto/Instagram: Normah Damanhuri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.