Aktres jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir portal huburan tempatan yang telah memutarbelitkan kenyataannya mengenai isu anak.

Menurut Fazura, artikel yand diterbitkan portal hiburan tersebut adalah tidak benar dan kerana itulah dia jarang memberikan kenyataannya kepada pihak media.

Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Fazura menerusi Instagram story miliknya.

IKLAN

“Buka Kilang Dan Bukan Kilang Adalah Dua Perkara Berbeza,” – Isu ‘Buka Kilang’ Anak, Fazura Tegur Blogger Sebab… “Buka Kilang Dan Bukan Kilang Adalah Dua Perkara Berbeza,” – Isu ‘Buka Kilang’ Anak, Fazura Tegur Blogger Sebab… “Buka Kilang Dan Bukan Kilang Adalah Dua Perkara Berbeza,” – Isu ‘Buka Kilang’ Anak, Fazura Tegur Blogger Sebab…

“Ada orang telah menghantarkannya kepada saya. Artikel ini sangat mengelirukan dan tidak masuk akal sama sekali. ‘Buka kilang’ dan ‘bukan kilang’ adalah dua perkara yang berbeza.

IKLAN

“Saya tidak tahu hendak buat apa dan saya ketawa pada masa yang sama. Ini adalah sebab kenapa saya jarang memberikan kenyataan kerana pasti ada orang yang akan memutar belitkannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut memberi nasihat kepada para bloggers di luar sana supaya sentiasa mendapatkan fakta yang betul ketika membuat laporan.

IKLAN

“Ini nasihat saya kepada semua bloggers. Tolong berhenti daripada mencuba untuk menjadi wartawan yang sebenar jika anda tidak mempunyai ilmu dan etika ketika membuat laporan atau anda terlalu malas untuk membuat rujukan. Dapatkan fakta sebenar sepatutnya menjadi keutamaan anda,” katanya lagi.

Foto: Instagram Nur Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI