Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Syafiq Farhain mengakui buat masa ini dia belum memikirkan soal kekasih kerana baginya, apa yang lebih utama adalah untuk seimbangkan hal kerjaya terlebih dahulu.

Malah, penyanyi yang kini popular dengan lagu Aku Jatuh Cinta ini menambah dia mahu cari rezeki buat keluarga, seterusnya dalam misi mengumpul aset membeli rumah.

“Ramai awek kejar? Itu saya tak tahu. Belum ada (kekasih) lagi,” jelas Syafiq malu-malu.

Berkongsi mengenai rezekinya dalam bidang seni, Syafiq turut memberitahu apa yang dikecapinya kini bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi juga buat keluarga.

“Ramai Awek Kejar? Itu Saya Tak Tahu…,” – Syafiq Farhain Belum Ada Kekasih. Mahu Fokus Cari Rezeki Buat Famili, Cadang Beli Rumah

“Mestilah rezeki yang ada sedikit sebanyak saya kongsi dengan keluarga. Kalau nak dikatakan dengan kumpul aset tu, tidaklah. Cuma saya ada cadang untuk beli rumah untuk diri sendiri, insyaAllah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya sama ada dia penat atau tidak kerana tidak putus-putus berkerja sejurus program Big Stage, bintang yang juga anak kepada Allahyarham Saleem ini tidak menafikan perkara tersebut.

Baca: https://www.mediahiburan.my/bila-tidak-kesampaian-saya-terasalah-sebab-hasrat-itu-yang-memang-saya-simpan-syafiq-farhain/

Sebaliknya, dia positif dan cuba peluang yang ada selagi mampu.

IKLAN

“Kalau nak dikatakan penat, itu normallah. Buat apa-apa kerja pun penatkan. Setakat ini saya mampu bertahan lagi,” jelas Syafiq yang pada masa sama masih tidak belum terfikir untuk melepaskan kerjaya sebagai anggota bomba.

Terdahulu, Syafiq ditemui MH pada Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.

“Ramai Awek Kejar? Itu Saya Tak Tahu…,” – Syafiq Farhain Belum Ada Kekasih. Mahu Fokus Cari Rezeki Buat Famili, Cadang Beli Rumah

IKLAN

Selain Syafiq, Anuar Zain dan Syamel turut sama memeriahkan acara serta membuat persembahan di dalam kejohanan melibatkan lebih 300 peserta itu.

Turut hadir pada kejohanan berkenaan ialah adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.

“Ramai Awek Kejar? Itu Saya Tak Tahu…,” – Syafiq Farhain Belum Ada Kekasih. Mahu Fokus Cari Rezeki Buat Famili, Cadang Beli Rumah

Foto: Fitness Inspire/ Instagram Syafiq

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI