Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan berkongsi video pendek dia menyanyikan lagu hasil ciptaannya di Instagram.
Sementara di ruangan kapsyen pula, dia yang mesra dipanggil Lizzie berkongsi lirik lagu tersebut yang nyata memberikan inspirasi buat peminatnya.
“Just wrote this tadi. Hmm.. random inspiration today. Hope you like it and hope you’ve had a great Sunday.
“I’m learning how to let go,
All of the things I pretend to know.
I hope it’s not too late for me.
I’m not proud of my history.
“Thought I’d just go with the flow;
Thought I’d enjoy the show,
But all I found was misery.
Really hope it’s not too late for me.
“And if one chance is all we get,
“Everyday I’ll try and try again,
I’ll keep on going till the end
Cause even though I crash and burn,
I also see the tables turn.
So until ashes we return,
I’ll play the game,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Susulan itu, kelihatan ramai yang merindui lagu-lagu hasil ciptaan Lizzie sendiri dimuat naik di laman media sosialnya.
Untuk pengetahuan, bakat Lizzie mula dikesan menerusi laman Youtube apabila dia sering memuat naik video menyanyikan lagu-lagu cover artis menggunakan ukulelenya dan gitar sebelum dilamar menjadi artis rakaman.
Single pertama Lizzy, Knock Knock membuatkan namanya terus naik di dalam industri hiburan tanah air.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Hari Kedua Arwah Meninggal, Saya Dah Berbincang Dengan Isterinya,” – Ali Puteh
Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan balu arwah Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali, Ali Puteh tampil memberikan penjelasan dan meminta agar semua tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.
Kenyataan ini dikeluarkan menerusi temubual berdurasi hampir 30 minit di laman Instagram Official Riax.
Jelas Ali, kenyataan yang didakwa Hidayah boleh menimbulkan fitnah sehingga dia dan keluarga dicemuh dan dituduh ingin membolot harta arwah abangnya.
“Yang membangkitkan kemarahan saya adalah, sampai saya dihina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwah bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arwah.
“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemuhan.
“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih marah daripada saya,” katanya.
Pelawak ini turut menjelaskan mereka sekeluarga telah duduk berbincang dan memutuskan dia bertanggungjawab menguruskan harta pusaka arwah untuk difaraidkan.
Malah telefon bimbit dipegang semata-mata untuk menguruskan hutang piutang peninggalan arwah.
“Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.
“Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum ini. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.
“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit,” katanya.
Malah isu dompet yang ditimbulkan, jelas Ali dia hanya ingin meminta maklumat ahli Seniman arwah namun timbul rasa hairan apabila kad bank dan wang tunai tiada bersama.
“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.
“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa.
“Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.
“Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” katanya.
Terkilan apabila dituduh mengambil kereta arwah, jelas Ali kereta tersebut merupakan hutang arwah dan balu boleh mengambilnya andai mampu membayar bulanan di bank.
“Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.
“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.
“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya.
Ali turut menafikan dakwaan Hidayah terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab kerana dihalang menggunakan kereta.
“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.
“Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.
Mendakwa dihalau sehelai sepinggang, tegas Ali apa signifikan sehelai sepinggang andai kesemua barangan peribadi arwah bernilai ribuan ringgit turut dibawa keluar.
“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.
“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.
“Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama,” katanya.
Menafikan mahu membolot harta pusaka peninggalan arwah, jelas Ali sebagai orang Islam dia tahu hukum agama.
“Dalam hukum agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta arwah.
“Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju,” katanya.
“Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.
“Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini,” katanya.
Terdahulu, kontroversi isu harta peninggalan arwah Abam timbul selepas Datuk Seri Aliff Syukri berkunjung Hidayah bagi menghulurkan bantuan dan bertanyakan soalan sensitif.
Sumber : Instagram Ria X
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Kata Tak Tahu, Mereka Kata Saya Tak Ambil Kisah,” – Anas Perjelas Hubungan Dengan Abangnya, Faizal Tahir
Sewaktu mula-mula menceburkan diri di dalam industri radio tanah air, pengacara dan penyampai, Anas Tahir memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan abangnya yang juga merupakan penyanyi popular, Faizal Tahir.
Namun, setelah hampir empat tahun mengemudi segmen pagi di stesen radio Zayyan FM, Anas memaklumkan dia sebenarnya tidak boleh menolak hakikat yang nama mereka akan sering kali dikaitkan dalam apa jua hal sekali pun.
“Sebenarnya kalau ada orang tegur, saya mengaku je. Kalau takda orang bertanya takkanlah saya tiba-tiba nak bagi tahu saya ni adik Faizal.
“Benih dah sama. Orang tengok rupa pun walau saya rasa tak sama tetapi mereka sendiri yang melihat. Dah nama pun satu acuan. Jadi, saya tak kisah pun sebenarnya. Okay sahaja,” katanya kepada MH.
Anas menambah, dia dengan Faizal tidak pernah mempunyai sebarang masalah dan mereka sebenarnya lebih selesa untuk menjalani kehidupan masing-masing
“Saya bukanlah tak nak dikaitkan dengan abang saya cuma bila orang ramai berjumpa saya, mereka ingatkan saya duduk satu rumah dengan Faizal. Mereka akan tanya saya macam-macam fasal dia.
“Bila saya kata tak tahu, mereka pula kata saya tak ambil kisah fasal abang saya tetapi itulah hakikatnya. Dia dengan kerja dia dan saya dengan kerja saya. Takkan setiap kali orang bertanya fasal Faizal, saya nak kena call tanya dia pula.
“Kami sebenarnya okay sahaja orang luar je yang fikir bukan-bukan. Saya cuma tidak mahu berbohong kalau orang tanya fasal Faizal.
“Nanti bila saya keluar kenyataan sendiri, abang saya pula yang marah kata saya memandai-mandai. Kami okay je tiada gaduh-gaduh pun,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Anas memaklumkan dia bersama rakan penyampai yang juga merupakan penyanyi, Mawi akan bergandingan untuk mengacarakan program, Salamunalaik yang akan bersiaran di Astro Oasis sepanjang bulan Syawal nanti.
Malah, Anas juga membintangi filem arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Penantian Selama 5 Tahun Untuk Dapat Baby Girl Dimakbulkan,” – Isteri Tomok Cerita Dapat Tahu Hamil Lagi Pada Usia 41 Tahun
Isteri kepada Tomok, Rahayu Abas ada berkongsi coretan perihal penantian dia sekeluarga dalam menantikan zuriat perempuan. Perkongsian itu dibuatnya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Jelasnya yang mesra disapa Ayu, dia bersyukur kerana rezeki untuk mendapatkan cahaya mata perempuan dimakbulkan.
Malah, dia turut meminta para ibu seusia yang ingin tambah zuriat agar terus usaha dan jangan putus doa.
View this post on InstagramA post shared by @ ayu_abas on
“Journey of my baby girl. Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah…rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
“Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)…tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa,” pintanya.
Ayu turut mendedahkan, dia mendapat tahu kehamilan sebaik pulang bercuti dari Pulau Tioman.
“Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri.
“After 40 weeks, rabu malam start mild contraction…dibu tak boleh tido over night…the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis…dibu berkira2 nak ke hospital.
“Bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep…nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding…ooo…maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2…siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.
“Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm…and the contraction keep continuing…i did COVID-19 test too…lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
“And of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti….just handling my baby for a while…dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar.
“Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.
“Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang….we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together….i love u so much … ayu sayang shah.
“To Arrian & Andra wait for dibu k…will bring your little princess sister going back home soon,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pada 2 Julai 2011.
Hasil perkongsian hidup, keduanya turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI