Memang pelik dan sukar untuk dipercayai, bagaimanapun perkongsian daripada ibu pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim yang juga seorang usahawan awal tahun ini memang mengejutkan.

Hampir setahun, pasti ada yang masih ingat mengenai kunjungan ushawan ini ke sebuah kediaman untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku.

Bonda Rozita di akaun Instagramnya, ada berkongsi sepotong video yang menunjukkan seekor buaya sedang terbaring di atas katil. Menurutnya, buaya tersebut merupakan ‘anak kembar’ kepada seorang wanita bernama Asmah. Pelik bukan?

Difahamkan, Asmah telah melahirkan anak kembar di mana salah seorang kembar yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala seorang lagi adalah manusia normal!

Sementara, ‘kembar’ berupa buaya itu diberi nama Nurhasanah dan kini berusia 27 tahun manakala adik kembarnya yang bernama Masroni dikatakan telah dihalau keluar dari kampung.

IKLAN
View this post on Instagram

Hasanah mandi sendiri..siang dia tidur dekat day bed yang kita tengok dlm video ni.. malam hari naik atas katil yang besar ..pandai pula dia dalam hati saya turun dan naik katil yang agak tinggi … . Masa nak mandi…Dia turun bath tab (org sponsor )..makannya seminggu dua kali makan sikit je ayam kampung yang di panggang .. . kalau tidak suka kepada tetamu itu dia bergerak2 dn melibas ekornya..Makan mak suapkan ..Kulit dia Lembut sgt bersih..Biasanya Kulit buaya itu keras .. . Abang kembar hasanah teman kepada supir kami duduk sama mak dn hasanah dirumah ini..Kami diperlihatkan surat beranak dokumen2 lain, meskipun Awalnya ibu Hasanah tidak selesa dengan kedatangan kami orang Malaysia kerana pernah terjadi menyebarkan fitnah tentang keluarganya.. . Masa sebelum balik ibu Hasanah cakap pd sy " memang sy orang miskin tidak ada pun sedikit saya nak minta Derma menjaja kisah anak saya buaya ..dn aku tak suruh orang datang kemari untuk cari duit kerana anak aku buaya.." . Daripada air muka ibunya jelas kelihatan tekanan tetapi kekuatan kasih sayang yakin itu anaknya an buat baik sesama makluk membuatkannya redho dengan ujian..Video full jumaat ya.. . Apa pun kita ni tengok kehidupan ini sebagai pembelajaran untuk dijadikan Iktibar universiti kehidupan..Cert pencapaian iman dn taqwa plg tinggi .. . Jangan lupa Subscribe YouTube bonda utk tengok video yg menarik.. . YouTube : Rozita Ibrahim

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Apa pun, ikuti perkongsian Rozita mengenai anak kepada Asmah ini.

“Hasanah mandi sendiri, siang dia tidur dekat day bed yang kita tengok dalam video ni. Malam hari naik atas katil yang besar, pandai pula dia dalam hati saya turun dan naik katil yang agak tinggi. Masa nak mandi, dia turun bath tab (orang sponsor) makannya seminggu dua kali makan sikit je ayam kampung yang dipanggang.

IKLAN

“Kalau tidak suka kepada tetamu itu, dia bergerak2 dan melibas ekornya. Makan mak suapkan. Kulit dia lembut sangat bersih. Biasanya kulit buaya itu keras. Abang kepada Hasanah teman supir kami duduk sama mak dan Hasanah di rumah ini.

“Kami diperlihatkan surat beranak dan dokumen2 lain, meskipun awalnya ibu Hasanah tidak selesa dengan kedatangan kami orang Malaysia kerana pernah terjadi menyebarkan fitnah kepada keluarganya…,” itu antara coretan yang ditulis Bonda Rozita menerusi ruangan kapsyen. 

IKLAN

Apa pun, kebesaranNya tidak perlu dinafikan dan Dia Maha Mengetahui. Apa pun, juga janganlah terlalu percaya perkara yang kita tidak tahu kesahihannya cuma ambil apa yang kita lihat sebagai iktibar bahawa kuasaNya itu sangat besar.

Dihujung video, usahawan itu sekali lagi menegaskan, sayangilah kita semua sesama muslim.

Foto/video: Instagram Bonda Rozita

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI