Dua hari lalu, penyanyi Syafiq Farhain ada memuat naik gambar nostalgianya bersama arwah bapa, Saleem menerusi Instagram.

Malah menerusi kapsyen yang dimuat naik, penyanyi lagu Aku Jatuh Cinta itu memaklumkan Allahyarham merupakan idola dan impiannya untuk berkongsi karya hanya tinggal kenangan kini.

“Engkau lah idolaku, kerana kau jua aku menjadi penyanyi, dari kau jua lah bakat yg tak seberapa ini ku pinjam, kau jua lah yg menghantarkan aku ke syarikat rakaman ini, segalanya.

“Impian ku ingin berkongsi karya bersamamu hanya tinggal mimpi yg tak mungkin pernah terwujud lagi..terima kasih atas segala jasa-jasamu Abah..Ain doakan agar Abah tenang disana disisi ALLAH SWT,” tulisnya.

Pada masa sama, Syafiq turut menitipkan doa buat Allahyarham.

“Doa ain dan semua peminat mu di seluruh nusantara ini pasti terus mengalir seiring dendangan suaramu yang takkan pernah lapuk dan lekang dek waktu.. engkau bagai air yang jernih,” kata Syafiq lagi.

IKLAN

Ditanya mengenai perkara tersebut, Syafiq memberitahu pada awalnya dia turut merancang sama ada untuk berkongsi pentas atau berduet dengan arwah.

“Itu cakap-cakap sahaja. Adalah bunyi-bunyi meminta kami untuk berkongsi pentas. Malah saya pun memang ada keinginan. Menyanyi bersama atau buat lagu duet.

“Saya pun ada terdengar dari rakannya, abah pun pernah cakap benda yang sama. Kiranya abah okay. Cuma itulah, bila tidak kesampaian saya terasalah sebab hasrat itu yang memang saya simpan,” terangnya kepada MH.

IKLAN

Di samping itu, Syafiq juga mengakui mengetahui permintaan para peminat menerusi media sosial yang meminta dirinya agar menyanyikan kembali lagu-lagu popular Allahyarham.

“Ada juga baca permintaan para peminat di media sosial. Ada yang tanya tak mahu nyanyikan semula lagu dalam versi baru dan sebagainya. Banyak lagu Iklim dan Saleem yang saya suka,” tambah Syafiq.

Terdahulu, Syafiq ditemui di set lokasi penggambaran filem Hero The Movie di Menara TM, Kuala Lumpur.

IKLAN

Filem aksi komedi yang mengangkat kredibiliti pasukan Bomba ini turut dibarisi para pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Riz Amin, Tauke Jambu dan ramai lagi.

Foto: Instagram Syafiq Farhain

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI