Baru saja menyambut kelahiran anak bongsunya lebih dua bulan lalu, Lisdawati kini kembali rancak di lokasi penggambaran.

Akui bintang yang memasuki usia 40-an tahun ini, dia mengakui pada fasa sekarang, keutamaannya adalah pada keluarga yang dibina bersama aktor, Fauzi Nawawi.

Bagaimanapun, anda punya masa dan tawaran lakonan yang hadir tepat pada masanya, dia sebolehnya tidak akan menolak. Sebaliknya menyifatkan tawaran lakonan yang datang sebagai rezeki sekeluarga.

“Alhamdulillah saya baru sahaja lepas berpantang anak yang keempat. Sekarang bayi lelaki saya sudah berumur dua bulan setengah. Saya masih lagi aktif berlakon dan baru-baru ini ada muncul menerusi drama bersiri Bahagia Bukan Bidaan bersama suami, Fauzi Nawawi.

“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nora Danish dan juga Datuk Adi Putra,” katanya.

IKLAN

Lebih menarik Lis turut menambah sewaktu penggambaran drama berkenaan, usia bayi lelakinya baru sahaja mencecah 20 hari.

“Ketika penggambaran, usia bayi saya baru sahaja 20 hari. Saya dah terima tawaran berlakon ni sebelum bersalin lagi. Kalau nak ikutkan saya bersalin awal 10 hari dari tarikh jangkaan. Jadi kerana komitmen tersebut saya perlu lakukan juga penggambaran tersebut.

“Nasib baik saya berlakon bersama suami dan adegan yang melibatkan saya semuanya di rumah. Jadi saya tidak terlalu terdedah dengan angin luar. Bayi saya juga saya perlu bawa bersama kerana dia masih menyusu badan. Saya bawa pembantu untuk uruskan bayi ketika saya berlakon,” Jelas Lis.

IKLAN

Bersyukur kerana semuanya selamat dan dipermudahkan, Lis juga memberitahu kerana masih berpantang, dia juga perlu bawa menu sihatnya sendiri.

“Ada ketikanya saya perlu bawa makanan pantang saya sendiri, jadi walaupun perlu berlakon, rutin pantang saya tetap diteruskan,” ceritanya. 

IKLAN

Terdahulu, Lis bersama suaminya turut hadir meraikan pelancaran produk terbaru Al-Fateh Junior di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada Sabtu.

Turut sama meraikan program tersebut ialah Nora Ariffin, Mya Ruslee, Sasha Saidin, Yassin Sulaiman dan ramai lagi.

Foto: Mingguan Wanita

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI