Diumumkan sebagai tiga peserta teratas menerusi saingan minggu keenam Gegar Vaganza (GV5) semalam, Zamani merakamkan rasa syukur dan terharu atas penerimaan peminat dan juri.

Baginya, dia perlu melakukan yang terbaik setelah mendapat imuniti daripada penaja utamanya, Datuk Seri Aliff Syukri minggu lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu dengan lebih lanjut, buat pertama kalinya Zamani memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku.

“Sepanjang minggu lalu, isu tersebut diperkatakan. Memang betul-betul sakit dan tidak boleh keluar suara. Saya juga bimbang, saya boleh tersukan atau pun tidak. Bagaimanapun bila dapat imuniti, saya rasa tanggungjawan mesti kena teruskan juga.

“Sebab apa, orang dah bagi dan kalau nak difikirkan tentang marah, memang rasa nak tarik diri juga. Cuma saya kena tolak keegoa sebab orang dah berikan peluang. Datuk Aliff nampak betul-betul ikhlas dan saya cuba galasnya dengan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media sejurus saingan GV5 minggu keenam selesai.

IKLAN

Terdahulu, Zamani membuat persembahan menerusi lagu nyanyian asal Nidji, Hapus Aku.

Ditanya mengenai tahap kesihatannya pada ketika ini, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu tidak menafikan dirinya belum sihat sepenuhnya.

“Saya belum okay 100 peratus lagi. Cuma semalam saya dari awal memang pantau dan ambil ubat. Malah tiga hari berturut-turut saya ada ambil injection di klinik,” kongsinya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Zamani turut memberitahu doktor yang merawatnya mengakui tiada masalah besar terhadap peti suara, cuma ada sedikit tanda kemerah-merahkan.

“Cuma doktor pun tidak tahu bagaimana suara boleh hilang, tidak dapat kepastian yang betul cuma pada Selasa lalu, saya kena demam panas dengan suhu lebih 40. Khamis baru okay sikit dan Jumaat saya tidak hadir pada sesi latihan. Sabtu baru saya mula.

“Sebelum memang tak boleh sebab suara tak keluar apa pun saya ambil kesempatan dengan menghafal lirik,” terangnya kepada MH.

IKLAN

Sementara itu apabila diminta mengulas mengenai ada sesetengah pendapat yang mengatakan apa yang berlaku adalah drama, Zamani ada pendapatnya yang tersendiri.

“Memang saya sakit. Hanya team dan orang terdekat saja yang tahu. Orang luar nak buat persepsi atau apa, terpulang sebab rasanya tak perlulah saya tampil untuk berikan penjelasan dengan lanjut.

“Saya pun taknak jadi benda yang macam tu,” katanya. Ikuti temubual lanjut bersama bintang ini menerusi FB Live MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/293362314642813/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI