Penyanyi Ara Johari mengakui pada fasa sekarang, dia tidak mahu menjadikan soal cinta sebagai keutamaan, apatah lagi dia kini sedang gigih membina nama, seterusnya mengumpul aset buat keluarga.
Kongsinya kepada MH, dia lebih utamakan ibu bapa dan turut menyimpan impian untuk menghadiahkan rumah buat kedua orang tua.
“Saya rasa bukan masanya untuk saya fikir soal cinta. Kalua boleh biarlah diri ni betul-betul stabil dan soal kerjaya. Itu lebih baik dan pada masa sama, saya pun nak senangkan mak ayah dulu. Mahu kumpul duit beli rumah, insyaAllah,” kata Ara menanam azam.
Selain itu, penyanyi yang kini muncul menerusi single baru berjudul paku ini juga turut berhasrat untuk membuka bisnes kedai makan.
Ads
“Saya adalah rancang mahu bukan restoran berasaskan masakan Daging Salai Masak Lemak Cili Api, resipi asal dari Negeri Sembilan yang diambil dari emak,” terang Ara.
Ads
Ditanya mengapa mahu membuka bisnes kedai makan, Ara mengakui perniagaan berkenaan tidak bermusim dan pasti akan mendapat tempat di hati pengunjung andai ia di menghidangkan resipi enak.
“Kalau nak diikutkan, bisnes makanan ini memang diperlukan orang ramai dan bukannya bermusim sifatnya. Kiranya inilah antara impian yang mahu saya capai dahulu sebelum bercinta atau berkahwin.
Ads
“Mungkin selepas umur 25 tahun baru saya nak fikir soal cinta,” kongsinya lagi yang sebelum ini pernah menjalankan bisnes katering, Ara Kitchen.
Terdahulu, Ara ditemui MH pada konsert Evolusi PJ 2018 yang telah pun diadakan di Dataran Petaling Jaya. Turut sama memeriahkan acara kemuncak itu ialah Akim & The Majistret, Waris, Masya Mashitah, XPDC dan ramai lagi.
Foto: Instagram Ara Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di zaman media sosial ini, kuasa viral dapat menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata tidak kira sama ada perkara tersebut baik atau tidak.
Baru-baru ini, seorang gadis telah tular di media sosial selepas dikatakan memiliki raut wajah persis gabungan selebriti terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah.
Pemilik nama Qasrina Karim, yang juga seorang model muslimah itu mula mendapat perhatian apabila fotonya menggayakan tudung untuk sebuah jenama mula viral di laman Twitter.
Kalau korang perasan, ternyata ramai juga selebriti di negara kita yang memiliki darah campuran. Lantaran itu, tidak dapat dinafikan, selalunya individu yamg memiliki darah kacukan ini kebanyakkannya memiliki rupa paras yang tampan dan jelita.
Untuk MH Trivia kali ini, MH akan bawakan kepada korang 10 artis lelaki di negara kita yang memiliki darah campuran.
Pelakon utama filem Crazy Rich Asian, Henry Golding antara artis Malaysia yang telah menempah nama di bumi Hollywood. Henry telah dilahirkan di Betong, Sarawak pada 5 Februari 1987. Ibunya, Margaret Likan Golding merupakan wanita berketurunan iban manakala bapanya pula Clive Golding yang berasal daripada England.
2. Hans Isaac
Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac dan Gerald Edward Anthony Isaac. Keluarga Carmina yang berketurunan kacukan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan kacukan India-Serani, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.
3. Bront Palarae
Bront dilahirkan di Alor Setar, Kedah Pada 27 September 1978. Bapanya berketurunan Melayu, Punjabi dan Pakistan manakala ibunya berketurunan Siam. Pada tahun 2005, beliau menerima biasiswa daripada kerajaan Itali untuk menghadiri kursus pendek dalam Bahasa & Budaya di Universiti Untuk Orang Asing Perugia, Itali.
4. Keith Foo
Keith Foo yang dilahirkan pada tanggal 6 Januari 1983, ialah seorang pelakon yang mencipta nama di bumi Indonesia. Berasal dari Gemas Negeri Sembilan, keluarga Keith Foo mempunyai darah campuran India dan Cina
5. Zul Ariffin
Pelakon filem Hantu Kak Limah, Zul Ariffin merupakan antara pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Selain memiliki tubuh yang sasa, Zul juga memiliki wajah yang tampan dek kerana keluarganya yang mempunyai darah campuran Melayu dan Belanda.
6. Ashraf Sinclair
Pelakon Ashraf Sinclair yang popular menerusi filem Gol dan Gincu telah dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England. Bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair merupakan seorang berketurunan Inggeris dan ibunya pula Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu. Ashraf merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer dan Adam Sinclair.
7. Harris Baba
Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba merupakan penyanyi , model dan pelakon lelaki yang berasal dari Singapura. Untuk pengetahuan, Harris dilahirkan pada 8 Disember 1991 di Singapura mempunyai darah kacukan Pakistan, Iran dan Cina.
8. Sam Bunkface
Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom amat popular menerusi kumpulan kugirannya Bunkface. Abang kepada pelakon, Siti Saleha itu telah dilahirkan di England pada 11 Disember 1987. Ibunya merupakan seorang yang berbangsa British manakala bapanya pula berasal daripda Klang, Selangor.
9. Daler Yusuf
Berdarah kacukan Melayu dan Uzbekistan, Daler mula mencipta nama menerusi drama Encik Suami Mat Salleh Celup bersama gandingan Nelydia Senrose. Apa yang menariknya Daler mampu bertutur dalam bahasa Uzbekistan, Parsi, Rusia, Bahasa Inggeris, Turki dan Melayu.
10. Fizo Omar
Fizo lahir pada 19 Julai 1985 di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya keturunan Melayu sementara ibunya keturunan Siam dan Arab.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aepul Roza mengakui dirinya masih menerima banyak permintaan untuk menghasilkan lagu berdasarkan isu-isu viral yang hangat diperkatakan di media sosial.