Pejam celik, rupanya sudah genap sebulan usia permata hati pasangan pelakon Raff Yaakob dan Mawar Rashid.
Diakui sebagai antara bayi selebriti yang paling mencuri perhatian netizen ketika ini, wajahnya sering kali menjadi ‘peneman’ Mawar tiap kali berkongsi entri terbaru di Instagram khususnya.
Malah, si ibu sendiri lewat petang semalam ada memuat naik foto anaknya yang dirakam secara kandid.
“Besok Rafael akan cukup sebulan. Cepat nya masa berlalu. Mommy dah start sebak @radenrafaelraf#6daysold. Btw, ni gambar Rafael yang paling galak senyuman dia. Gambar ni @radenrayyanrafyang tangkap.
“And Rayyan dia punya sweet, dia letak dekat wallpaper phone dia. How sweet kan,” kongsinya.
Tersentuh hati melihat perkongsian pelakon Ramona Zamzam yang dilihat sedang bergelut dengan tugasan rumah bersama anak di samping bergelar selebriti pada masa yang sama.
Ramona dilihat sedang menggosok baju sambil anaknya di bawah sedang bermain sorok-sorok.
Ulasnya, di sebalik penampilan glamor, inilah yang dihadapi di rumah apabila menggalas tugas seorang isteri dan ibu.
“Shall i say… cari benda tersembunyi?
“Behind all of those glam outfits & vain makeups i swear this is the real truth of being a mom while having a baby / toddler at home.
“Even worse, lepas masuk kepala dlm kain, she looked up and say “TAK” (chak) with a smiley face. Always got me in dilemma to stop her or to layan her and continue playing chak as well.”
Netizen turut mengaitkan foto tersebut dengan pengalaman sama yang dilalui.
Seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan dan kebahagiaan keluarga, asalkan ianya dihargai dan dilakukan bersama-sama pasangan. Barulah, rumahku, syurgaku.
Foto – Instagram Ramona Zamzam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular apabila Aeril Zafrel dikatakan melayan isterinya, Wawa Zainal sebagai hamba apabila menghidangkan makanan di dalam bilik untuknya, baru-baru ini.
Dalam posting berkenaan, Wawa menyatakan Aeril yang pulang lewat malam dari kerja, mengejutkannya dari tidur dan meminta untuk menyediakan makanan.
Malah Aeril juga memintanya membawa makanan itu ke bilik.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Aeril tampil menjelaskan situasi sebenar.
Ulasnya, itu adalah cara mereka berdua untuk meluangkan masa bercerita kerana masing-masing sibuk mencari rezeki.
“Sebenarnya kejut dia tu. bukan nak makan sangat pun. cuma nak bercerita dengan dia apa yg sy buat sepanjang haritu.sebab esok pagi dah keluar cari rezeki lagi.”
sebenarnya kejut dia tu. bukan nak makan sangat pun. cuma nak bercerita dengan dia apa yg sy buat sepanjang haritu.sebab esok pagi dah keluar cari rezeki lagi?? https://t.co/qgDiT3ttmv
Terus diganggu elemen mistik yang berkaitan dengan single sulungnya yang berjudul Tak Kan Kembali, penyanyi baru Hashmitha Selvam bagaimanapun menolak dakwaan segelintir pihak yang memberi pandangan dia sengaja mencipta gimik semata-mata mahu melariskan lagu berkenaan.
Hashmitha menerusi sidang media yang diaturkan menjelaskan, dia tidak boleh menutup mulut orang daripada memberikan pendapat. Baginya, itu merupakan pandangan masing-masing.
“Apa yang boleh saya katakan apa yang berkaku ketika proses rakaman muzik video hingga ke hari ini bukan rekaan atau gimik, sebaliknya ia berlaku tanpa diduga. Apa pun, saya sedar bila ada yang memberikan persepsi menyatakan ia gimik, strategi promosi lagu dan sebagainya.
“Tetapi saya yang alami. Apa pun saya hanya biarkan tanggapan orang dan biarlah mereka nilainya sendiri,” katanya kepada MH.
Terdahulu wanita berbangsa India ini mengakui wujud gangguan misteri ketika proses rakaman, penggambaran dan suntingan muzik video (MV) lagu Takkan Kembali.
Lebih teruk, seorang kru terpaksa dikejarkan ke hospital sehari selepas penggambaran muzik videonya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 26 Shah Alam.
Malah Selasa lalu ketika Hashmitha ditemu bual menerusi program MeleTOP, turut berlaku kejadian mistik apabila ada lintasan secara tiba-tiba di lensa kamera hingga mengundang rasa pelik pihak produksi.
Ditanya mengenai impak dari perkara yang berlaku, Hashmitha mengakui pada awalnya dia baik-baik sahaja. Namun selepas kejadian demi kejadian yang misteri terusan terjadi, dia mulai rasa takut.
“Jujurnya saya gemar menonton drama atau filem yang berkaitan dengan kisah seram dan seumpamanya. Cuma bila ia seakan ‘terkena’ pada diri sendiri, saya rasa lain macam.
“Saya tidak boleh tidur malam sejak insiden yang berlaku dalam program MeleTOP baru-baru ini. Malah sebelum ini pun, saya ada alami demam dan batuk-batuk hingga sukar menyanyi,” jelas Hashimtha.
Ironinya pula, Tak Kan Kembali mendapat reaksi yang baik pencinta muzik lokal, apatah lagi single balada itu dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi angkatan baru bukan Melayu.
“Di sebalik apa yang berlaku saya juga terharu apabila menerima komen baik pendengar Rata-rata mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbangsa India untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu,” akhirinya.
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.