Tular apabila Aeril Zafrel dikatakan melayan isterinya, Wawa Zainal sebagai hamba apabila menghidangkan makanan di dalam bilik untuknya, baru-baru ini.
Dalam posting berkenaan, Wawa menyatakan Aeril yang pulang lewat malam dari kerja, mengejutkannya dari tidur dan meminta untuk menyediakan makanan.
Malah Aeril juga memintanya membawa makanan itu ke bilik.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Aeril tampil menjelaskan situasi sebenar.
Ulasnya, itu adalah cara mereka berdua untuk meluangkan masa bercerita kerana masing-masing sibuk mencari rezeki.
Ads
“Sebenarnya kejut dia tu. bukan nak makan sangat pun. cuma nak bercerita dengan dia apa yg sy buat sepanjang haritu.sebab esok pagi dah keluar cari rezeki lagi.”
sebenarnya kejut dia tu. bukan nak makan sangat pun. cuma nak bercerita dengan dia apa yg sy buat sepanjang haritu.sebab esok pagi dah keluar cari rezeki lagi?? https://t.co/qgDiT3ttmv
Awal tadi, pelakon Syatilla Melvin yang sarat mengandung anak kedua ada memuat naik foto terkininya selepas melakukan pemeriksaan kesihatan kandungan.
Kata Tilla, berat badannya kini bertambah 20 kilogram.
“Tdi checkup peqhot, berat aku dh 73kg daripada 53kg. hebat dak laki bgi makan smpai naik 20kg?,” katanya ringkas sambil menyatakan jenama tudung yang digayakan.
Cukup kontroversi penampilan terkini model terkenal, Alicia Amin.
Muncul dengan berambut hampir botak menerusi laman Instagram, Alicia ada memaklumkan penampilan sedemikian,ramai yang mengaitkan cukur kepada sebagai sesuatu yang negatif dalam hidup.
“I had a lot of people ask me if my shaved head had anything to do with my personal life, if I’m okay (thanks tho) – so I wanna know.
“Why do many people still associate shaving ones head as a negative thing?,” tanya Alicia.
Memberi reaksi terhadap isu yang berlaku di antara PU Abu dan bekas isteri yang diceraikan, Wardina Safiyyah berpendapat, sahabat PU Abu yang menjelaskan bahawa lafaz cerai itu sah adalah sesuatu di luar konteks perbincangan.
Pendapat tersebut disampaikan Wardina menerusi salah satu postingnya di Instagram.
Katanya lagi, isu yang sepatutnya diutamakan adalah isteri yang baru dikahwini, lalu berpisah kerana perempuan lain.
“Sebenarnya tak komen lagi bagus tapi…. macam nilah… pada saya bukan juga soal PU or whatever Dai’ ceraikan isterinya waktu sarat TAPI si Abu miang ni dok bercinta dengan perempuan lain (tak kisahlah Janda atau tidak) lepas baru dua bulan berkahwin dan sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung.
“Like seriously? Dua bulan??? Pada saya sebenarnya lagi merana hidup sekiranya terpaksa berhadapan dengan suami yang sedang angau dengan wanita lain. So memang elok lah dilepaskan.
“But the fact that he fell in love with another women after just 2 months of marriage is just absurd,” tulisnya.
Malah, ulasnya lagi, tidak berbaloi melayan nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.
“Buat para lelaki (tak kisahlah Ustaz ke tidak) Fitnah wanita ni memang terlalu hebat. JANGAN mula. JANGAN berani -berani tanya khabar and disguise it with something else. It’s not worth it. Not worth the heartache and emotional pain that your wife has to go through.
“Tak berbaloi berantakan rumah tangga dan berpecah belah keluarga kerana seorang wanita demi mengejar nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. Lepas tu suruh mereka sabar demi agama dan demi pahala sedang hang happy melayan nafsu. Eloklah tu.
“Buat Encik Abu semoga Allah buka hati dan mata. Buat Hana Azra (yang kena sama nama dengan anak I ni kenapa grrrr?) benarkah anda boleh berbahagia di atas kesengsaraan wanita lain? It’s not worth it. Satu hari nanti anda akan menyesal.
“Oklah sorry komen banyak sangat pasal rumah tangga orang. Cuma saya sempat check siapa Abu ni dengan dua orang rakan yang kenal beliau sebelum post ni. Now to all men, go home and for goodness sake just love your wife! Sekian.
“Ustaz dan orang beragama gatal are truly disgusting… I can’t stand their jokes especially randomly dropping hints about marrying another on social media or in their ceramah… (tak class la Ustaz) not taking into account the feelings of their wives or women.
“Try educating men to value and respect women instead. Above all, they think they can get away with it because they are alim, because they are men and use whatever verses or Hadith to justify their bloody gatalness. Be a man. Respect your wife first and foremost.
#donedakwah ???? -Bukan PU, Dai’ atau Ustajah-Just a a Muslim woman, daughter, wife and mother,” maklumnya panjang lebar.
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...