Perjalanan Linda Jasmine dan Ratu dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) terhenti apabila mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu keenam, malam tadi.
Membawakan tema Dua Tiga Kucing Berlari, Linda dan Ratu gagal memikat hati juri menerusi persembahan lagu Oh! Carol yang dipersembahkan secara duet bersama penyanyi, Chubb-E.
Turut berada dalam kelompok tiga terbawah ialah pasangan Ani Maiyuni dan Viviana, selain Safura bersama Kim Khairii.
Anggrek Cipta Sensasi Bersama MimiFly
Sementara itu, persembahan bertenaga Anggrek bersama pasangan duetnya, MimiFly menerusi lagu Temberang berjaya mencuri perhatian sekali gus melonjakkan mereka ke kedudukan teratas bersama ‘manager’, Adira.
Kemenangan itu turut melayakkan pasangan berkenaan menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie dan membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta hamper.
Ads
Di tempat kedua pula ialah pasangan Datuk A Aida dan Azeva, manakala Pak Azad bersama Amarra berada di kedudukan ketiga minggu ini.
Dalam pada itu, Anugerah Manager Paling Perform (MPP) menjadi milik pasangan Jamilulhayat dan Hussain.
Program berkenaan dikendalikan oleh Aznil Nawawi bersama barisan juri tetap iaitu Sarimah Ibrahim serta AC Mizal. Turut hadir sebagai juri jemputan minggu ini ialah Tiara Jacquelina.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan markah sebanyak 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Ads
Saksikan Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA.
Pelakon Marc Syahmie akui dia berdepan pengalaman paling mendebarkan sepanjang bergelar anak seni apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama terbaharu, Bila Cinta Menjadi Dosa.
Menurut Syahmie yang memegang watak Amar, dia pada awalnya terkejut apabila dimaklumkan pihak produksi menggunakan peti mayat sebenar milik hospital dan bukannya prop khas untuk penggambaran.
“Bila mula-mula dapat tahu ada babak dalam peti mayat, saya memang berdebar. Tambah saya diberitahu, sehari sebelum penggambaran peti mayat itu memang ada digunakan untuk mayat sebenar.
“Saya bukan takut sebab ia peti mayat, tetapi kelemahan saya dari kecil memang takut tempat sempit dan gelap. Keadaan itu akan menyebabkan saya sesak nafas secara tiba-tiba,” kata Syahmie.
Pelakon berusia 26 tahun itu turut menambah, situasi itu menjadi lebih mencabar apabila dia perlu dimasukkan ke dalam beg plastik mayat berwarna putih sebelum diletakkan ke dalam peti mayat berkenaan.
“Keadaan memang sangat mengerunkan untuk saya. Saya dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup.
“Bayangkan beberapa minit saya duduk seorang diri dalam keadaan sejuk, sempit dan gelap. Masa itu saya betul-betul rasa seperti mayat,” ujarnya lagi.
Walaupun berdepan ketakutan, Syahmie menjelaskan dia cuba mencabar diri demi tanggungjawab sebagai pelakon.
“Saya kena kawal pernafasan dan tenangkan diri. Ingatkan babak itu mudah, tapi sebenarnya perlukan keberanian dan kekuatan mental juga.
“Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Ini pengalaman baru untuk saya sebagai pelakon dan bukan semua orang dapat rasa pengalaman seperti ini,” ujarnya.
Menurut Syahmie lagi, pengalaman tersebut memberi kesan mendalam terhadap dirinya sehingga membuatkan dia lebih menghargai kehidupan.
“Sejujurnya banyak saya belajar dan insaf. Masa berlakon jadi mayat itu, terdetik juga dalam hati, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada, mungkin beginilah keadaannya.
“Dalam peti itu saya banyak berselawat dan berzikir. Situasi memang sangat real. Bila saya dikeluarkan dan dengar pelakon lain menangis, walaupun mata terpejam saya boleh rasa suasana itu macam betul-betul berlaku meski sekadar lakonan,” katanya.
Ditanya mengenai soal ‘badi’, Syahmie bagaimanapun memaklumkan sepanjang penggambaran berlangsung, tiada sebarang kejadian pelik berlaku.
“Setakat ini tiada apa-apa berlaku. Cuma pihak produksi ada nasihatkan saya mandi dan bersihkan diri untuk elak benda tidak baik ikut, tapi semua okay,” jelasnya.
Apa yang lebih mencabar, kata Syahmie, dia terpaksa keluar masuk berulang kali ke dalam peti mayat tersebut bagi mendapatkan sudut penggambaran terbaik.
“Bukan sekali ya, banyak kali juga saya keluar masuk dalam itu. Tapi saya bersyukur sebab akhirnya dapat atasi ketakutan yang saya ada sejak kecil,” katanya.
Dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa, Syahmie bergandingan bersama Che Puan Sarimah Ibrahim yang memegang watak sebagai ibunya.
Karya 30 episod yang bersiaran menerusi slot Lestary, TV3 itu bakal melabuhkan tirainya malam ini.
Selain Syahmie dan Sarimah, drama tersebut turut dibintangi Zamarul Hisham, Jasmin Hamid, Siti Elizad, Alya Iman, Zairi Aziz, Nelissa Nizam dan Maria Farida.
Pengalaman yang dilalui bintang baharu ini pastinya menjadi suatu momen yang berharga demi mendalami sesebuah watak yang dijayakan, dalam usahanya untuk menempatkan diri sebagai antara pelakon pelapis yang berkaliber.
Bermula sebagai model dan pencipta kandungan di media sosial, Syahmie memulakan langkah dalam dunia lakonan menerusi drama Rindu Darul Iman dan My Mr Blind Date yang menyaksikan bintang tinggi lampai ini tampil dalam watak sampingan sebelum namanya semakin dikenali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eira Syazira terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mengecam anaknya, Ammara Sofea Rose susulan prestasi persembahan pada saingan minggu ketiga Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), Ahad lalu.
Menurut Eira atau nama sebenarnya, Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, anak sulungnya itu kini sedang menyesuaikan diri untuk mencari keberanian dan pengalaman untuk berkembang di dalam dunia seni.
Dalam masa sama, Eira turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika melontarkan pandangan di media sosial.
“Biarkan dia terbang, belajar dan membesar menjadi versi terbaik dirinya. Kritik boleh, tapi janganlah sampai hilang rasa kemanusiaan.
“Kadang kita ni lupa untuk memanusiakan manusia. Terlalu sibuk menghakimi, menyindir dan mencari salah orang lain, hingga lupa diri sendiri juga manusia, penuh kekurangan dan tidak sempurna,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran sama, Eira turut berkongsi komen-komen melampau netizen yang kurang senang dengan prestasi semasa Ammara di program berkenaan.
Ada diantara mereka yang merasakan Ammara sepatutnya menjadi peserta pertama yang tersingkir dan bukannya Althea.
Menerusi TTMM2, Ammara menyertai program tersebut bersama bapanya, Azad Jasmin selaku pengurusnya.
Minggu lalu, Althea dan Nana Mahazan diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir bagi musim kali ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi, Zarul Umbrella akui turut terkejut apabila rakan pengacara, CK Faizal membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada program audio siar (podcast), Borak Dalam Galley (BDG), baru-baru ini.
Menurut Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, CK difahamkan telah menghantar notis berhenti dalam tempoh 24 jam selepas mereka selesai menjalani penggambaran episod khas Hari Raya.
“Semua pihak memang terkejut dengan keputusan itu. Sebelum itu, kami ada menjalani penggambaran untuk episod Hari Raya.
“Selepas itu, tiba-tiba dia beri notis 24 jam. Saya pun terkejut. Namun, bila difikirkan semula, mungkin dia merasakan dirinya sudah terlalu lama dengan program podcast ini. Sampai orang ingat tiada job lain,” katanya kepada MH.
Zarul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang berlangsung di Ideas Hotel pada Khamis.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Ramalan Ku Benar Belaka itu memaklumkan dia sendiri tidak mengetahui sebab sebenar CK memilih untuk meninggalkan program tersebut.
“Kalau nak tanya sebab yang sebenarnya, sayapun tahu. Hanya CK yang boleh menjawab. Saya hormat keputusan dia.
“Saya teruskan sahaja program podcast ini dengan apa yang ada. Saya jalan sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Zarul turut menafikan dakwaan kononnya mereka berdua mempunyai masalah atau berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan CK mengambil keputusan untuk berundur.
“Kami okay sahaja. Baru dua hari lepas kami berjumpa. Kami sempat bergurau lagi. Tiada sebarang pergaduhan atau isu yang timbul.
“Saya sayangkan dia. Disebabkan kehadiran CK juga, podcast BDG dikenali. Saya tidak akan lupa perkara itu,” akhirinya.
Terdahulu, pada 21 Mac lalu, CK atau nama sebenarnya, Che Kamarul Faizal Che Kamaruddin mengumumkan pengundurannya daripada BDG selepas tiga tahun menjadi sebagai pengacara bersama menerusi hantaran di Instagram.
Keputusan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak, terutama peminat setia program audio siar berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...