Terus diganggu elemen mistik yang berkaitan dengan single sulungnya yang berjudul Tak Kan Kembali, penyanyi baru Hashmitha Selvam bagaimanapun menolak dakwaan segelintir pihak yang memberi pandangan dia sengaja mencipta gimik semata-mata mahu melariskan lagu berkenaan.

Hashmitha menerusi sidang media yang diaturkan menjelaskan, dia tidak boleh menutup mulut orang daripada memberikan pendapat. Baginya, itu merupakan pandangan masing-masing.

“Apa yang boleh saya katakan apa yang berkaku ketika proses rakaman muzik video hingga ke hari ini bukan rekaan atau gimik, sebaliknya ia berlaku tanpa diduga. Apa pun, saya sedar bila ada yang memberikan persepsi menyatakan ia gimik, strategi promosi lagu dan sebagainya.

“Tetapi saya yang alami. Apa pun saya hanya biarkan tanggapan orang dan biarlah mereka nilainya sendiri,” katanya kepada MH.

Terdahulu wanita berbangsa India ini mengakui wujud gangguan misteri ketika proses rakaman, penggambaran dan suntingan muzik video (MV) lagu Takkan Kembali.

IKLAN

Lebih teruk, seorang kru terpaksa dikejarkan ke hospital sehari selepas penggambaran muzik videonya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 26 Shah Alam.

Malah Selasa lalu ketika Hashmitha ditemu bual menerusi program MeleTOP, turut berlaku kejadian mistik apabila ada lintasan secara tiba-tiba di lensa kamera hingga mengundang rasa pelik pihak produksi.

Ditanya mengenai impak dari perkara yang berlaku, Hashmitha mengakui pada awalnya dia baik-baik sahaja. Namun selepas kejadian demi kejadian yang misteri terusan terjadi, dia mulai rasa takut.

IKLAN

“Jujurnya saya gemar menonton drama atau filem yang berkaitan dengan kisah seram dan seumpamanya. Cuma bila ia seakan ‘terkena’ pada diri sendiri, saya rasa lain macam.

“Saya tidak boleh tidur malam sejak insiden yang berlaku dalam program MeleTOP baru-baru ini. Malah sebelum ini pun, saya ada alami demam dan batuk-batuk hingga sukar menyanyi,” jelas Hashimtha.

Ironinya pula, Tak Kan Kembali mendapat reaksi yang baik pencinta muzik lokal, apatah lagi single balada itu dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi angkatan baru bukan Melayu.

IKLAN

“Di sebalik apa yang berlaku saya juga terharu apabila menerima komen baik pendengar Rata-rata mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbangsa India untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu,” akhirinya.

Sementara itu, muzik video berkenaan juga telah pun ditonton hampir 300,000 kali menerusi YouTube selepas dimuat naik pertengahan Mac lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=gRFshonega4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI