Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.
Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.
Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.
“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..
“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..
“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.
Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.
“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..
“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.
“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri.
Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.
Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Sumber : Instagram Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Datin Rabecca Nur Al-Islam meluahkan rasa terujanya apabila mendapat mesej menerusi aplikasi Whatsapp dari suaminya, Datuk Nor Azam pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan Rabecca apabila suaminya menghantar ucapan hari jadi berbentuk romantis bersempena dengan hari jadinya yang ke-33 tahun.
“I wake up with this??Thank you husband,thank you love ❤….
”Selamat Hari Lahir Utk Diri Mummy Becca Sendiri,Semoga Terus Istiqamah,Dan Menjadi Isteri,Ibu,Dan HambaNya Yg Disayangi Dan Baik❤?….Dan Sentiasa Ingin BerUsaha,Berubah Menjadi Lebih Baik Dan Ke Arah Kebaikan?Ameen AllahHuma Ameen….
“Selamat Hari Lahir Juga Buat Anakku @adorablealiff yg ke 3 tahun,Dan 3 tahun yang lepas pada #30042016 Anak Lelaki Ku Yg Di Beri nama NOR ALIFF AL-RAFFAEL diLahirkan,Semoga Membesar Dgn Sihat Sentiasa Nakk….Baik,Bijak Belajar,Dan Menjadi Anak Yg Soleh Boleh MenDoakan Utk Mummy Dan Papa Suatu Hari Nanti,” tulis Rabecca.
“Sayang, it seems that everyone knows you turned a year older except me. In my eyes, you are exactly the way that you were when i met you for the 1st time-stunning and gergous.
“Very few people meet their soul mates, but I have been fortunate enough to marry this special someone!
“I hope you have beautiful birthday. Remember that your best years are still ahead of ypou ands I’ll be there for you at lifes every up and down and the in between.
“Your birthday is the PERFECT OPPURTINUTY to say SORRY for all the fights and arguments, THANK YOU for all the sactrifies you’ve made and I LOVE U for everthing that you mean to me. Happy Birthday and may ALLAH bless you always!”, mesej suami Rabecca.
Dalam pada itu, Rabecca juga turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anaknya, Aliff yang ke-3 tahun.
Semalam telah berlangsungnya majlis resepsi pihak lelaki bagi perkahwinan model Ahya Rosli dan Shahirah.
Mengejutkan, ketika upacara makan beradab kedua pasangan ini telah dipersembahkan dengan penari wanita yang agak seksi dan keterlaluan.
Lalu, rakaman video tersebut telah tersebar di laman media sosial Twitter
“Majlis Kahwin kot… Bukan nya party liar…Agak2 laaaa, baik la kau jemput penari zapin..”tulis netizen.
Majlis Kahwin kot… Bukan nya party liar… ??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️??♂️ Agak2 laaaa, baik la kau jemput penari zapin.. pic.twitter.com/7Os0KZjGRW
Lalu, pasangan itu telah menerima kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Rata-rata netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan majlis perkahwinan tidak sepatutnya dipersembahkan dengan persembahan yang sedemikian.
Video : Twitter Eiyman Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.