
Pengacara dan penyampai radio, Nana Mahazan menafikan dakwaan yang mengatakan dia dan anaknya, Althea tidak menyokong perjalanan keluarga Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) susulan ketiadaan mereka ke konsert mingguan program tersebut sejurus tersingkir.
Menurut Nana, komitmen kerja serta persekolahan Althea menjadi faktor utama yang menghalang mereka daripada menghadiri acara yang berlangsung pada malam Ahad itu.
Komitmen Kerja & Persekolahan Jadi Kekangan
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Nana menjelaskan jadual hariannya yang padat menyebabkan dia perlu mengutamakan waktu rehat agar tidak menjejaskan prestasi kerja.

“Sebab Isnin saya kerja. Bangun pukul 4 pagi dan Althea bersekolah. Masa konsert tu memang sengsara nak pergi kerja sebab saya tidur sangat lambat,” tulisnya di aplikasi Threads.
Dalam masa sama, Nana turut menegaskan dia tidak mahu kualiti kerjanya terjejas hanya kerana kurang tidur.

“Tak naklah nanti kerja tak perform. Final insya-Allah saya dan Althea datang,” kongsinya.

Dakwaan Merajuk Selepas Tersingkir?
Terdahulu, seorang individu mempersoalkan ketidakhadiran Nana dan Althea ke konsert mingguan TTMM2 bagi memberikan sokongan kepada artis serta pengurus yang masih bertanding dalam program tersebut.
Malah, individu sama turut bertanya sama ada mereka berdua merajuk selepas menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada TTMM2.

“Saya perhati artis yang tersingkir akan muncul sebagai penonton untuk konsert minggu depan seperti Fariedz Fazley, Ratu, Viviana tapi tak pernah tengok Athea dan Nana hadir.
Anda mungkin berminat dengan
“Kenapa ya? Tak nak support ke kawan-kawan yang masih berada dalam program tu? Atau merajuk?,” soalnya.
Sebelum ini, kebanyakan peserta yang telah tersingkir daripada TTMM2 tetap hadir bagi memeriahkan konsert mingguan program berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Threads Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

