
Aktres Fasha Sandha mendedahkan dia lebih senang untuk mengamalkan prinsip ‘never explain yourself’ setiap kali berdepan kecaman atau komen negatif daripada netizen di media sosial.
Menurut Fasha, prinsip itu mula diterapkan dalam dirinya apabila memasuki usia 30-an, sekali gus menjadikannya lebih matang dan memahami bahawa tidak semua perkara memerlukan penjelasan.
“Dulu ketika saya masih remaja, saya suka melawan. Contohnya walaupun sesuatu perkara itu memang sudah salah, tapi saya masih melawan.
“Namun apabila sudah makin dewasa, saya jadi lebih okay dan semakin sedar untuk tidak memperjelaskan setiap isu kerana keluarga, kawan-kawan dan peminat saya tidak perlukan apa-apa penjelasan.
“Tapi untuk orang yang tidak suka kita, jika jelaskan kepada mereka tiga hari dua malam sekalipun, situasi itu masih tidak akan mengubah apa-apa,” katanya kepada MH.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta kempen Safi Youth Rania Gold yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam, baru-baru ini.



Fasha Akui Ada Juga Situasi Perlu Penjelasan
Bagaimanapun, bintang filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu tidak menafikan terdapat situasi tertentu yang perlu untuk diberikan penjelasan, terutama apabila melibatkan isu undang-undang atau maruah keluarga.
“Saya rasa semua orang perlu ada sifat ‘never explain yourself’ ini. Kecuali kalau perkara itu menyentuh hal berkaitan undang-undang atau maruah keluarga, mungkin itu perlu dijelaskan.
“Tapi selagi ia tidak menganggu apa-apa, biarkan sahaja seperti ‘angin lalu’,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Fasha menegaskan dia kini lebih selesa dan tenang dalam berdepan kritikan, selain enggan membuang masa melayan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
“Saya sangat okay. Sejujurnya mental saya memang kuat. Sepanjang bergelar selebriti, saya memang bukan jenis yang akan cepat ‘koyak’ dalam apa-apa perkara.
“Sebenarnya kesian juga kepada orang bercakap benda-benda negatif macam ini sebab mereka hanya buang masa sahaja.
“Saya memang tenang, gembira dengan yang saya lakukan sekarang. Jadi komen negatif memang tidak menganggu Malah, saya lagi fokus kepada perkara yang positif,” ujarnya.
Fasha sebelum ini meraih perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang memaparkan dirinya tanpa berhijab dipercayai bagi menjayakan sebuah drama.
Ia ekali gus mencetuskan tanda tanya dan mengundang pelbagai komen daripada warganet.

Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Rezeki Jadi Wajah Wakilan
Dalam perkembangan lain, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut bersyukur apabila diumumkan sebagai duta terbaharu Safi Youth Gold Rania, sekali gus membawa bersama kisah perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan.
Bukan sekadar mewakili imej kecantikan luaran, pemilihan aktres itu dilihat selari dengan mesej utama kempen tersebut yang mengetengahkan kekuatan dalaman, keyakinan diri serta keupayaan wanita untuk terus menyerlah walaupun berdepan pelbagai cabaran hidup.
Penglibatannya sebagai wajah Safi Youth Gold Rania turut mengangkat mesej bahawa seri seseorang wanita bukan hanya bergantung kepada penampilan, tetapi turut terpancar melalui keyakinan dan kekuatan jiwa.
Malah, Kempen Semarakkan Seri Keremajaan itu juga hadir dengan pendekatan lebih dekat dengan realiti kehidupan wanita masa kini.
Ia bukan sekadar memberi fokus kepada penjagaan kulit atau usaha untuk kelihatan lebih muda, sebaliknya meraikan perjalanan setiap wanita dalam membina semula keyakinan diri.
Lebih daripada pelancaran produk, Safi turut mengembalikan nama ikonik Rania yang cukup dekat dengan pengguna setianya sebagai simbol keyakinan, seri wajah dan kecantikan yang kekal relevan sepanjang zaman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

