
Pelakon Fasha Sandha tampil menjelaskan mengenai status WhatsApp yang dimuat naiknya sebelum ini, dipercayai ditujukan kepada seorang pelakon yang didakwa kerap datang lewat ke lokasi penggambaran.
Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, hantaran tersebut dibuat kerana dia berasa kesal dengan sikap individu berkenaan yang didakwa berulang kali gagal menepati masa.
Bagaimanapun, Fasha menegaskan dia tidak berhasrat mendedahkan identiti pelakon terbabit kerana mahu menjaga reputasinya.
“Saya tidak mahu sebut siapa yang lambat itu. Saya rasa dia tahu siapa yang lambat. Dia salah seorang pelakon yang pernah bekerja sekali.
“Sebab kelewatan itu bukan sekali dua. Hampir setiap hari, berjam-jam lewatnya.
“Saya harap apa yang saya tegur di WhatsApp, dibaca agar dijadikan sebagai pengajaran untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi,” katanya kepada MH.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta kempen Safi Youth Rania Goldyang berlangsung di Central i-City, Shah Alam, Sabtu lalu.

Baca Artikel Lain;
Fasha Selesa Menegur Secara Peribadi
Dalam pada itu, bintang drama Doa Yang Terlindung itu memaklumkan dia kini lebih selesa menyampaikan teguran secara tertutup berbanding berkongsi rasa tidak puas hati secara terbuka di media sosial.
Malah, dia berharap pelakon berkenaan dapat mengambil iktibar dan lebih menghormati masa pada masa akan datang.
“Kalau zaman dulu, saya akan luahkan di media sosial seperti Twitter. Tapi kali ini, saya hanya meluahkan teguran itu dalam WhatsApp sahaja.
“Saya pasti pihak produksi sudah pun beri teguran dan selepas ini, saya harap dia lebih tahu untuk menjaga waktu dan menghormati orang lain,” ulasnya lagi.
Disiplin Jadi Kunci Kekal Relevan
Pada masa sama, Fasha turut menegaskan disiplin dan komitmen merupakan antara faktor paling penting untuk seseorang artis terus bertahan dalam industri seni.
“Nak kekal lama, displin dan komitmen adalah perkara nombor satu yang harus diambil kira, yang harus diutamakan.
“Bila kita jaga disiplin dan komitmen, tidak ada siapa boleh menjatuhkan kita.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya rasa kenapa saya masih lagi berada di sini adalah kerana disiplin dan komitmen yang saya pegang, prinsip saya yang saya pegang dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah.
“Jadi kepada pelakon itu, teguran itu adalah supaya dia menjadi lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Fasha yang pernah menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2017 itu mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu status di WhatsApp.
Dia tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap individu yang didakwa gagal mematuhi waktu ketika berada di set penggambaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

