Berkongsi foto sekeping borang permohonan meneruskan pengajian di institut pengajian awam, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan, menjadi pelajar yang memiliki ijazah merupakan impian yang ingin dicapai.
Malah, dia turut meminta pengikutnya di laman sosial agar kongsikan pengalaman belajar.
“Siapa budak uitm kat sini?? jom abg share pngalaman abg.. abang ni mmg selalu berangan nak masuk universiti nak jadi budak pandai ada sijil.
“Kalau tanya abang apa lagi yg abang nak capai dalam hidup ni …abang nak ada Ijazah untuk abang lengkapkan ilmu dunia abang sebab abang sedar Ilmu tu sangatlah penting,” tulisnya.
Katanya lagi, walaupun menyedari dirinya tidak layak, namun dia menegaskan ilmu sangat penting untuk melengkapkan lagi diri.
Ads
“Walaupun abang mmg secara jujurnya tak layak pun nak masuk universiti tapi abang tekad untuk abang capai sesuatu dalam hidup abang…seperti pepatah ada mengatakan ‘tuntutlah Ilmu sampai ke negara china,” luahnya lagi.
Jelas penyanyi Bobo Di Mana itu lagi, arwah bapanya pernah menyatakan hasrat untuk melihat anaknya melanjutkan pengajian di universiti.
Ads
“Arwah abah abg.. memang nak sangat abang masuk Industi insya-Allah Walapun arwah dah tak ada abang nak buktikan yang abang juga boleh ada segulung ijazah
“Abang juga tahu walaupun iainya hanya sekeping kertas tapi Ilmu yg kita dapat sampai mati kita bawa kan….Abang harap sangat abang diterima masuk dan dapat belajar macam orang lain……sebab abang percaya tiada yg mustahil dalam dunia ni.
Ads
“Kenapa orang lain boleh abang x boleh…tolong doakan abang ya semua,” kongsinya panjang lebar.
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 13 Disember lalu, pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi posting terbaru di laman Instagram.
Malah, bintang tinggi lampai itu turut mahu ‘tag’ suaminya bersama di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun apabila meninjau di ruang komen, rata-rata netizen bertanya mengapa wajah lelaki di Instagram cukup berbeza dengan wajah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa meski punya nama yang serupa.
Malah ada yang bercanda, mendakwa pelakon berusia 27 tahun ini ‘tersalah suami’.
Kini berada di Mekah bagi mengerjakan umrah, suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria beberapa hari lalu ada ada meluahkan rasa kerana tidak berkesempatan untukmenyempurna urusan pengkebumian anaknya, Muhammad Danial Firman atau lebih sinonim disapa Baby D.
Kongsinya di laman Instagram, dia reda dengan perkhabaran berkenaan.
“Ya Allah, Kau jemputku ke rumah Mu, Kau jemput anakku ke Syurga Mu, terlalu sempurna perancangan Mu Ya Allah.
“Setiap yg bmula pasti ada pengakhiran, Allah yg lbh mengetahui dari segala2nya & perancangnnya amat baik.
“Wahai anaku, Muhammad Danial Firman Faizal abah redha setiap apa yang blaku, cuma ksedihan hati bila abah tidak dpt tunaikan tnggungjawab abah menguruskan sgalanya utk kali terakhir,” tulisnya.
Ulasnya lagi, 72 hari Baby Danial bertarung nyawa dan memberikan kegembiraan buatnya dan isteri.
“72 hari Bby D, btarung nyawa utk berikan cahaya kgembiraan utk abah & mama @abby_abadi112 selama itulah Baby D buka mata & pegang jari stiap kali abah mama ke hpital, seolah2 Baby D nk bgtahu yg Baby kuat utk brada bsama2 abah mama.
“Besar pengorbannmu syg kau seolah2 tahu penderitaan mama akibat darah tinggi, kau kluar dr perut mama agar penderitaan yg mama alami itu dpt dikurangkan, sdgkan waktu itu blm sesuai utk kau melihat dunia ciptaan Allah ini,” kongsinya.
Malah, biarpun si kecil berada dalam keadaan kritikal namun Jai bersyukur dia masih mampu merasai manisnya susu ibu.
“Anakku, kau dpt merasai manisnya air susu mama, sdgkn waktu ini belum sesuai utk kau merasai secara fizikal. Stiap kali hadir, hati abah mama sntiasa menahan sebak, halang air mata dr mngalir sbb abah nk Baby lihatkekuatan abah & mama dlm mghadapi ujian dr Allah.
“Abah mama bsyukur sblm pergi Umrah sempat cium dn pegang Baby D, sempat abah azankn utk kau dgr betapa indahnya seruan Allah itu,” tambahnya.
Ulas lelaki itu lagi, biarpun anaknya menunjukkan perkembangan positif setiap hari, namun kuasa Allah mengatasinya segalanya.
“Wlupun ada pkembangan positi stiap hari, namun Allah yg lebih berkuasa dr segalanya, hari ke2 abah di Makkah, kau pergi btemu Pencipta, abah terima berita sedih ini ketika waktu Isyak di Makkah
“Wahai anaku, ketika kau dipintu Syurga tarik tangan abah & mama, rindunya kami pada mu sayang, tiada lagi genggaman jari kecil mu, tiada lagi pdangan matamu sayang
“Wahai anakku, Mama tetap perahkan susu walaupun mama mengetahui kau telah tiada, betapa besarnya kasih sayang mama pada mu sayang, Anaku maafkan Abah & mama sayang
“Wahai anaku, bermainlah kau ditaman2 syurga bersama abgmu Muhammad Firdaus Faizal, kami rindu kamu wahai anak.
“Salam Al Fatihah dr Masjidil Haram, rumah Allah, Abah kirimkan untukmu berdua sayang dan arwah Abah,” tulisnya.
Terdahulu, Abby selamat melahirkan Baby Danial pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Berita mengenai kematian anaknya itu dimaklumkan awal hari ini.
Foto : Instagram Jai Ezany
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.