Selepas membuat pengumuman undur diri dari mengendalikan program hiburan, MeleTop selepas tujuh tahun dan lapan musim bersiaran, keputusan Neelofa nyata mengejutkan ramai pihak.
Rata-ratanya sedih dengan pengumuman berkenaan kerana ramai menyifatkan Neelofa di samping rakan hos, Nabil Ahmad berjaya memberi impak tersendiri sepanjang MeleTop bersiaran sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun dalam ramai yang bersedih, terdapat segelintir netizen yang seakan-akan ‘suka’ andai usahawan berkenaan tidak lagi mengemudi rancangan terbabit.
Ada yang memberi pandangan sudah tiba masanya Neelofa untuk diri.
Mengulas mengenai perkara itu, Neelofa positif dan terima setiap pandangan dengan hati terbuka.
Ads
Baginya, komen-komen berbentuk kritikan yang tidak membina tidak memberikan kesan kerana ia bukanlah suatu hal baru.
“Bagi yang berkata sedemikian, benda tu bukanlah satu yang baru. Sejak tahun pertama kami bersiaran, tahun kedua dan selama ini memang ada yang sering mempertikaikan kedudukan saya sebagai hos MeleTop.
Ads
“Saya rasa masing-masing ada pandangan sendiri dan saya juga sudah berikan yang termampu dari pihak saya sebagai pengacara. Perkara itu tidak memberi kesan,” katanya kepada MH.
Neelofa bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan terhadap program berkenaan hingga menjadi rancangan hiburan yang paling diminati.
Ads
“Akan tetapi saya sangat berterima kasih kepada semua yang lebih banyak berikan sokongan, menonton hingga menaikkan ratingnya sama ada di kaca TV atau YouTube.
“Rasanya kerana anda semua, kita sudah berjaya meletakkan MeleTop di kedudukan sekarang. Bukan hanya kerana saya atau Nabil semata-mata,” akhirinya lagi.
Terdahulu, Neelofa dan Nabil Ahmad sebelum ini pernah mengumumkan untuk menarik diri daripada pencalonan Anugerah MeleTOP dan keduanya sudah digandingkan untuk mengemudi MeleTOP sejak tahun 2012.
#MHvideo “Wow…,” – itu reaksi awal Nabil bila Lofa umum undur diri dari MeleTop selepas 7 tujuh tahun
Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, December 3, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mereka sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Julai lalu yang diraikan secara sederhana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pengambaran foto pra perkahwinan itu diadakan di Villa Daniela Tok Bali, Bachok, Kelantan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penyanyi rap popular, DJ Fuzz kagum dengan budaya dan sikap disiplin rakyat Jepun yang sentiasa mnghormati antara satu sama lain.
Perkara itu dikongsikan pemilik nama sebenar Farzwa De-Attaher Emir Farit ketika dia menaiki pengankutan awam di Negara Matahari Terbit itu.
Kongsinya menerusi mata kasar mengenai sikap masyarakat Jepun, kelihatan mereka hanya duduk diam sehingga sampai ke destinasi dan tidak menggunakan telefon bimbit untuk tujuan mendengar lagu misalnya.
“Knp org2 kat sini tak suka kalau kita bercakap & main phone dlm tren?”
“Mungkin sebab kalau kau main lagu kat phone, org sebelah main lagu lain, org tepi tu main lagu lain, dia takleh fokus nak dgr lagu yg mana.
“Hahha tak lah. Actually, org Jepun ni mmg mengamalkan budaya respek org lain. Dia kalau boleh taknak susahkan org lain.
“Itu bagus sangat especially bila kita kat toilet awam, bersih gila toilet tu macam renovate semalam,” pujinya.
Malah, Dj Fuzz menyarankan agar perlu mengambil contoh sikap masyarakat itu yang sangat disiplin terutama dalam perjanjian masa.
Sekali gus, ia menjadikan sesebuah negara itu maju dengan sikap dan amalan yang sudah dipupuk sejak kecil dalam diri setiap individu.
“Diorang ni selalu respek org lain. Kalau kita nak sampai level diorang, kita kena tiru cara2 ni.
“Contohnya, datang lambat, benda tu kena buang, sebabnya org yg dtg lambat memang tak considerate & respect timing org lain.
“Kalau nak maju kena tiru budaya negara yg maju. Thats why elok pergi holiday ni.. drpd beli benda2 yg membazir tapi takda value…
“Holiday ni bukan sebab bagus utk content IG & utk eksyen2, sebabnya kalau kita travel dia boleh bukak mata kita..dan belajar benda baru,” kongsinya.
“Susut sangat ke?” Itu tanya salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke 6 (GV6), Sham Visa apabila ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang dilihat sedikit kurus berbanding awal kemunculannya dalam program terbabit.
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Sham atau nama sebenarnya, Rohisham Hashim akui gaya hidup yang lebih sibuk sejak menyertai GV6 mungkin menjadi antara puncanya.
“Rasanya (berat badan) maintain sahaja kot. Selepas berbulan bersama GV6, kata orang ia mungkin sudah nampakkan kesannya,” katanya yang turut akui hampir sebulan berdepan dengan masalah tekak.
Bagaimanapun, keadaannya kini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan, sebagaimana yang dicadangkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kami ada bertemu di belakang pentas ketika sama-sama membuat persembahan beberapa minggu lalu dan dia ada berikan cadangan ke sebuah klinik. Dia pesan berkali-kali dan saya hormatinya keprihatiannya itu.
“Pada awalnya saya terkejut juga… Tok Ti kenal saya. Siapalah saya kan? Lalu saya ke klinik sebagaimana yang dicadangkannya dan saya sekarang dalam rawatanlah,” jelasnya kepada MH.
Terdahulu, Sham berkongsi dia pernah mengalami kecederaan suara dan ia berlaku kira-kira selama enam tahun.
“Apabila ia berlaku, saya tidak pernah lakukan eksperimen sama ada suara pada ketika itu boleh diguna pakai (dalam nyanyian) atau sebaliknya.
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.