Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri, 36, yang kini berkhidmat di London membanggakan rakyat Malaysia apabila namanya dipilih untuk mewakili negara selepas dijemput menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charles III yang berlangsung di Istana Buckhingham, London baru-baru ini.

Difahamkan majlis itu diadakan bersempena merayakan komuniti masyarakat Inggeris Timur dan Asia Tenggara yang menetap di negara tersebut.

Amalina berkongsikan momen manis itu di laman Instagram miliknya, khas buat tatapan pengikutnya.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri, Camilla Parker Bowles pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.

“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (baginda bergelar Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas serangan pengganas di London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat mangsa.

“Saya berbesar hati dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja dan meluaskan rangkaian berkenalan dengan orang lain daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan juga di luar negara,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta selebriti tanah air turut menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Dr Amalina yang sering mengharumkan nama negara di mata dunia.

“Nice one Dr Amalina, kamu mewakili Malaysia dengan sangat elegan, sama seperti baju yang kamu gayakan juga,” tulis penerbit dan pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina.

IKLAN

“Wuhooo, you go girl,” titip usahawan, Datin Vivy Yusof.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

IKLAN

“Kamu merupakan inspirasi dan menjadi contoh untuk kami semua Dr Amalina.

“Dengan semua pencapaian yang telah kamu capai, sememangnya Dr layak mewakili Malaysia, tahniah Dr!

“Salute Dr pakai baju kurung pergi event besar, so nice,” komen sebahagian netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI