Sejak akhir-akhir ini, isu perubahan fizikal melibatkan pelakon Datin Almy Nadia sering kali menjadi perhatian warganet.

Terbaru, seorang individu menggesa Almy supaya menjalani pembedahan bariatrik untuk mengelak daripada sebarang komplikasi penyakit dan tampil kelihatan lebih muda.

Cadangan tersebut disuarakan individu berkenaan sebagai respon kepada video yang dikongsikan Almy ketika mempromosikan sebuah jenama barangan sukan terkenal tempatan pada Khamis.

“Sebelum Penyakit Menjenguk, Buat La…,”- Individu Ini Gesa Jalani Pembedahan Bariatrik, Respon Almy Nadia Buat Ramai Terkedu

“Kak harap sangat buat la bariatric surgery sebelum banyak penyakit yang datang menjenguk. Kak sendiri pun buat dan alhamdulilah dah tak perlu makan ubat lagi cuma kena ambil supplements.

“Lepas ni mesti adik nampak 20 tahun lebih muda dan bertenaga. Buat ya adik. Jangan risau,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, komen tersebut mendapat respon balas daripada isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu.

IKLAN

Almy secara sarkastik berkata, dia tidak kisah untuk menjalani pembedahan bariatrik asalkan individu berkenaan sanggup memenuhi permintaannya.

Katanya lagi, dia juga memerlukan ibu susuan bagi anak bongsunya memandangkan dia bakal mengalami banyak perubahan selepas pembedahan itu nanti.

“Sebelum Penyakit Menjenguk, Buat La…,”- Individu Ini Gesa Jalani Pembedahan Bariatrik, Respon Almy Nadia Buat Ramai Terkedu

“Ye kak, memang nak buat tapikan kak, boleh tak tolong saya? Tolong carikan saya pembantu rumah dua orang dan pemandu dua orang. Pembantu rumah kerja daripada pukul 5 pagi hingga 10 malam. Driver kerja daripada 6 pagi hingga 7 malam.

IKLAN

“Lepas tu senang saya buat apa yang kakak nak. Boleh tak? Kalau boleh, saya on terus la. Satu lagi, carikan orang untuk susukan badan anak saya sebab yang kecil masih menyusu badan.

“Kalau dah masuk hospital nak potong usus nanti, saya dah tak lalu makan. Macam mana anak saya nak menyusu badan. Tolong ye akak? Tak pun akak jelah yang gantikan saya susukan badan anak saya boleh?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut meminta Almy supaya mengabaikan komen-komen negatif tersebut.

“Saya setuju. Senang je cakap suruh itu ini. Hakikatnya kita sahaja yang tahu. Nak uruskan anak sendiri bukan senang. Saya ni pun dah tunggang terbalik. Tak mengapa Datin. Gembirakan sahaja hati dengan keluarga dan anak-anak. Lagi seronok.

IKLAN

“Setuju sangat. Padahal dia tak kenal Almy. Satu ketika dahulu slim kot. Biasalah bila dah beranak pinak badan naik. Bila anak-anak dah besar, automatik ibu-ibu akan melawa semula. Abaikan mulut-mulut orang ni. Ini adalah fasa bagi seorang wanita.

“Tak kisahlah kurus ke semangat ke, yang penting suami sayang. Janji kita sihat.

“Abaikan mulut puaka. Gemuk salah kurus pun salah. Semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik selalu,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sebelum ini, Almy pernah merancang untuk melakukan pembedahan bariatrik untuk menguruskan badan selepas sering menjadi mangsa ‘body shaming’ dan hinaan daripada netizen.

Bagaimanapun, Fizz meminta Almy supaya mempertimbangkan dahulu keputusannya itu memandangkan dia harus menguruskan keluarga dan empat anak mereka yang masih kecil dan bersekolah.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Almy Nadia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI