
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsikan pihak penganjur menerusi satu hantaran di Instagram, yang sekali gus mengesahkan penyertaan trio berkenaan dalam festival tersebut.
Menurut pihak penganjur, DOLLA dipilih kerana mereka dilihat sebagai antara kumpulan yang memainkan peranan dalam mencorakkan evolusi muzik pop moden Malaysia.
“DOLLA antara kumpulan yang mencorakkan evolusi muzik pop moden Malaysia menerusi persembahan bertenaga, kreativiti yang berani dan identiti seni yang unik.
“Trio ini terus mencipta kejayaan dengan meraih jutaan peminat, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara kumpulan pop paling berpengaruh di Asia Tenggara,” kongsi pihak penganjur.
Baca Artikel Lain;
Festival berkenaan turut menghimpunkan artis, peminat dan pemain industri dari seluruh dunia, sekali gus menjadi platform buat kumpulan yang varu sahaja muncul menerusi single ‘G.O.A.T’ itu untuk terus
memperluaskan lagi pengaruh muzik Malaysia di peringkat global.Pada masa sama, penyertaan tersebut juga dilihat mampu memperkenalkan bakat tempatan kepada khalayak global, selain memperkukuhkan lagi kedudukan industri muzik Malaysia di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.