
Personaliti media sosial dan usahawan, Noor Nabila, 41, mengesahkan bakal menamatkan zaman solonya apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.
Kakak kepada pengacara dan usahawan, Noor Neelofa itu berkata, perancangan ke arah perkahwinan sudah dibuat dan ketika ini mereka sedang giat melakukan persiapan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa yang terdekat. Kita sudah ada rancangan, dalam tahun ini. Insya-Allah, semuanya dalam perancangan,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan yang sedang dilakukan, Nabila memaklumkan urusan penting termasuk dokumentasi telah diselesaikan dan kini hanya tinggal persiapan menjelang majlis.
“Kita tengah membuat persiapan. Apa yang penting-penting, dokumen-dokumen itu dah dibuat. Cumanya itulah majlis itu nanti masih dalam persiapan, insya-Allah,” katanya lagi.
Hubungan Ameer Dengan Jayden Jadi Salah Satu Faktor
Dalam pada itu, Nabila turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Jebat Jayden menerima kehadiran Ameer dengan baik.
Malah, hubungan mesra antara mereka menjadi antara faktor yang menguatkan lagi keputusannya untuk berkahwin.
“Jayden okey. Dia ada hubungan yang baik dengan Ameer. Hubungan mereka boleh nampak jadi secara natural, alhamdulillah,” katanya.

Baca Artikel Lain;
Keikhlasan Si Dia Curi Hati
Berkongsi lanjut, Nabila berkata dia tertarik dengan keikhlasan serta kematangan yang ditunjukkan Ameer sejak awal perkenalan mereka.
“Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia, bila saya tanya sesuatu, dia orang matang.
“Seseorang yang bukan naif, tapi dia ‘transparent’. Saya rasa macam susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang.
“Nombor dua, dia tak tahu sangat pasal saya. Pada mula perjumpaan kita, banyak yang dia tak tahu. Jadi saya rasa macam, ‘Oh, saya lebih suka orang yang kurang info pasal saya atau keluarga saya.’
Anda mungkin berminat dengan
“Saya rasa lebih selesa macam itu, maksudnya ikhlaslah kalau suka dengan kita. Nombor tiga, sudah tentu, dia dengan Jayden. Bila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik,” katanya.
Menurut Nabila, hubungan mereka bermula sejak tahun lalu selepas dipertemukan di sebuah gimnasium sebelum Ameer mengajaknya keluar.
“Kemudian saya dapat kenal dia, dia ajak keluar. Dari situlah,” katanya sambil ketawa.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

