Sepanjang tahun ini, pelbagai ragam dan gelagat selebriti menarik perhatian ramai sehingga mencetus viral.

Malah, dek isu yang timbul, pelbagai kata-kata dan macam-macam gelaran diberikan netizen.

Jadi, MH senaraikan antara selebriti yang penah terpalit isu sepanjang tahun ini.

1. Intan Najuwa

Pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu telah menjadi viral apabila sepotong video mula tersebar di media sosial.

Mana tidaknya, isu mengenai tidak tahu mengisi minyak petrol tercetus apabila pembantu peribadinya mengambil cuti.

Lalu, dia terpaksa mengisinya sendiri dan berasa sengsara, memandangkan dia tidak tahu mengisi minyak petrol.

Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadamkan pelakon cantik itu.

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

IKLAN

Baca : https://www.mediahiburan.my/teruknya-hidup-ya-allah-hidup-intan-nujuwa-bertukar-huru-hara-sebab-tak-tahu-isi-minyak-kereta-kesiannya/

2. Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff pernah terpalit konflik bersama bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza apabila dia secara terang-terangan mahu menuntut hutang menerusi media sosial terhadap aktor itu.

Pada masa sama, pelakon Sharifah Sakinah dan Michael Ang tampil mempertahankan Aiman.

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

3. Iqram Dinzly 

IKLAN

Popular dengan drama Dunia Baru 2009, pelakon Iqram Dinzly sering membuat Live di Instagram dengan kelakuannya yang pelik, termasuk simbol-simbol berbaur ‘nakal’.

Malah, gelagatnya itu turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan sesetengah pengguna media sosial.

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

4. Sharifah Sakinah 

Sharifah Sakinah dikatakan tidak sensitif dengan kematian Jonghyun pada awal Disember, hingga berlarutan awal tahun ini.

Difahamkan, kematian Jonghyun disebabkan mengalami masalah depresi. Sakinah secara profesional telah memohon maaf atas khilafnya itu.

IKLAN

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

5. Zarina Anjoulie

Zarina pernah menuntut hutang dari penyanyi, Ismail Izzani apabila difahamkan penyanyi lagu Luar Biasa itu meminjam wang daripada Zarina untuk menginap di sebuah hotel.

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

Dikata Pernah ‘Buat Hal’, 5 Selebriti Ini Kena Dilabel Macam-Macam Netizen Gara-Gara…

Baca : https://www.mediahiburan.my/gambar-mesra-ismail-izzani-dan-zarina-ann-joulie-cetus-sensasi-tutup-ruang-komen-ig/

Foto: Carian Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI