Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bersyukur dan terharu apabila majlis ramah mesra bersama kelab peminat berjalan dengan sukses meski berlangsungnya perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di beberapa lokasi, semalam.

Perhimpunan berkenaan turut menyebabkan beberapa buah jalan utama di ibu negara ditutup.

Bercakap mengenai program berkenaan dengan lebih lanjut, bintang yang bakal muncul menerusi single terbaru tidak lama lagi itu memberitahu, setiap tahun dia bersama kelab peminat akan memikirkan majlis yang membolehkan merapatkan hubungan dengan beramah mesra selain mengisi masa bersama.

Pertandingan boling yang diberi nama AJ Pinbusters 2.0 itu diadakan di Wangsa Bowl, One Utama, memulakan saingan sekitar jam 2.00 petang.

IKLAN

“Sengaja kami memilih sukan boling bagi merapatkan hubungan selain dapat meluangkan masa bersama. Mengapa tidak? Tapi mujurlah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, saya ingat tak ramai yang hadir, rupa-rupanya mereka masih menyokong dan sudi hadir. Malah, ada peminat dari Singapura turut datang,” katanya kepada MH.

IKLAN

Sementara itu, Ayda turut berkongsi lebih 180 peminat hadir bagi meraikan program main boling tersebut di samping ada juga peminat yang bukan di kalangan ahli kelab yang turut mendaftar bagi sama-sama bersaing.

“Ada wajah yang saya kurang familiar, tetapi mereka datang untuk menyokong. Kebanyakannya di kalangan remaja. Syukur dan terima lasih buat semua. Alhamdulillah, semuanya sukses dan harapnya ini bukan yang terakhir.

IKLAN

“Mungkin selepas ini kami akan cari idea untuk anjurkan program sama, tetapi berlainan aktiviti InsyaAllah,” jelasnya lagi.

Para pemenang turut menerima hadiah selain diadakan cabutan bertuah buat peserta yang mengambil bahagian.

Foto: Instagram Ayda Jebat Screamer

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI