Ads

“Dia Masih Kanak-Kanak…,” – Adira Ulas Bila Anggrek Menangis Teresak-Esak, Syukur Dapat Imuniti & Enggan Pertikai Keputusan Juri

Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila pihak juri membuat keputusan untuk menggunakan ‘golden card’ bagi menyelamatkan anaknya, Anggrek daripada tersingkir pada saingan minggu ketujuh Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), malam tadi.

Menurut Adira, peluang kedua yang diberikan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan mutu persembahan menjelang saingan suku akhir, minggu hadapan.

“Dia Masih Kanak-Kanak…,” – Adira Ulas Bila Anggrek Menangis Teresak-Esak, Syukur Dapat Imuniti & Enggan Pertikai Keputusan Juri

“Kami baru sekali merasa berada di kedudukan pertama. Selebihnya kami berada di kedudukan tiga terendah. Saya dan Anggrek sebenarnya sudah biasa dengan situasi seperti ini.

“Namun, saya tetap bersyukur kerana Anggrek masih diberikan peluang dan ruang untuk terus beraksi di pentas TTMM2.

“Insya-Allah kami akan gunakan kesempatan ini untuk memperbaiki dan menambah baik lagi persembahan Anggrek pada minggu hadapan,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Orang Yang Sama itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketujuh TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Adira Percaya Rezeki

Walaupun berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan, namun Adira pada masa sama tidak mahu mempersoalkan keputusan juri yang meletakkan mereka di tangga keenam keseluruhan.

Ads

“Dia Masih Kanak-Kanak…,” – Adira Ulas Bila Anggrek Menangis Teresak-Esak, Syukur Dapat Imuniti & Enggan Pertikai Keputusan Juri

“Saya tak boleh nak pertikaikan apa-apa kerana saya percaya Anggrek sudah melakukan yang terbaik. Kami sudah berusaha sebaik yang mungkin.

“Anggrek sudah menjalani latihan yang cukup daripada Isnin sehingga Sabtu. Segalanya kita persiapkan buat Anggrek. Bila tiba hari persembahan, kami hanya tawakal.

“Pada saya, bukan persembahan Anggrek yang tidak bagus tetapi peserta-pesera lain juga tunjukkan peningkatan luar biasa. Saya sentiasa percaya kepada rezeki,” ujarnya lagi.

Tangisan Anggrek Lumrah Seorang Kanak-Kanak

Dalam pada itu, Adira turut mengulas mengenai keadaan Anggrek yang dilihat menangis teresak-esak sebaik sahaja namanya diumumkan tersingkir sebelum diselamatkan menerusi imuniti juri.

Ads

Menurut Adira, sebagai seorang ibu, dia memahami perasaan anaknya yang masih kecil dan perlu dibimbing untuk menerima hakikat pertandingan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

“Anggrek masih kanak-kanak. Dia mungkin nak beraksi lagi di pentas TTMM2. Saya faham perasaan dia. Namun, sebagai ibu, saya kena pastikan dia faham situasi itu.

“Sejak daripada awal lagi, saya sudah berbincang dan maklumkan kepada Anggrek mengenai keadaan di dalam program pertandingan seperti ini.

“Adat pertandingan, akan ada yang kekal, tersingkir, menang dan kalah. Bila dia menangis, itu adalah lumrah perasaan kanak-kanak,” ujarnya.

Ditanya mengenai sejauh mana kekuatan terus bersemangat memberikan persembahan terbaik setiap minggu walau sering berada dalam kelompok tiga terbawah, Adira menjelaskan dia dan Anggrek mempunyai pendekatan tersendiri.

Ads

“Dia Masih Kanak-Kanak…,” – Adira Ulas Bila Anggrek Menangis Teresak-Esak, Syukur Dapat Imuniti & Enggan Pertikai Keputusan Juri

Anda mungkin berminat dengan

“Selepas sahaja persembahan mingguan, saya, Anggrek dan pasukan tidak akan bercakap lagi tentang apa yang telah berlaku. Kami hanya fokus kepada cabaran berikutnya.

“Kalau boleh, kami tak nak ingat dan bercerita tentang persembahan lepas. Kami akan perbaiki setiap kelemahan dan buat latihan yang mencukupi,” akhirinya.

Terdahulu, Anggrek dan Adira menamatkan saingan minggu ketujuh TTMM2 di tangga keenam keseluruhan sebelum diselamatkan menerusi penggunaan imuniti oleh pihak juri.

Pada malam sama, pihak penaja turut menggunakan kuasa imuniti mereka untuk menyelamatkan pasangan Azeva dan Datuk A. Aida daripada tersingkir.

Kesemua tujuh pasangan artis dan pengurus kini bakal meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir TTMM2 yang akan berlangsung Ahad depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

TTMM2: Imuniti Selamatkan Anggrek & Azeva! Hussain Kembali Di Kedudukan Pertama,...

Saingan minggu ketujuh program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan kejutan besar apabila dua pasangan peserta, iaitu Azeva bersama Datuk A. Aida serta Anggrek bersama Adira diumumkan tersingkir dalam persaingan, malam tadi.
error: Hello. Cannot.