Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall, 26, dilaporkan mengalami tekanan emosi termasuk kemurungan dan kegelisahan (anxiety) selepas diceraikan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, ketika sedang bersiaran langsung di TikTok, awal pagi semalam.

Dalam satu hantaran di akaun TikTok miliknya yang dikendalikan oleh admin, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin difahamkan masih belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku.

“Keadaan Siti (Jamumall) depression, anxiety dan perlukan support. Maaf yang contact, Siti tak ready any question. Admin,” katanya.

Menerusi hantran yang dikongsikan melalui sepotong video itu, Siti yang kini sedang hamil kelihatan sebak, sambil dipeluk seorang individu yang cuba menenangkannya.

@sitijamumall♬ original sound – sitijamumall

Ads

Netizen Titip Doa & Kata Semangat

Perkongsian video tersebut pantas meraih perhatian warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati seterusnya memberikan kata-kata semangat dan semoga kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga.

Antara komen yang ditinggalkan terhadap video yang telah pun menerima lebih 2.2 juta tontonan itu termasuklah;

“Ya Allah, angkatlah rasa sakit dalam hati Siti Ya Allah. Mudahkan urusannya, lapangkan hatinya.

“Semoga tabah dan kuat, lebih-lebih lagi tengah pregnant #dugaanmasingmasing.”

Ads

“Dekatkan diri dengan Allah.”

“Saya tengok live semalam, memang mengalir air mata jantan bila tengok si ibu menangis diceraikan begitu. Tabahlah puan.”

Terdahulu Siti memaklumkan telah berlakunya lafaz cerai pertama antara dirinya dan Aiman dua minggu lalu, namun mereka kembali rujuk selepas proses pengesahan dilakukan secara rasmi.

Pernah Berumah Tangga Sebelum Ini

Sebagai rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama sekitar tahun 2019, namun berpisah selepas tiga tahun.

Ads

Hasil perkahwinan tersebut, Siti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Dia kemudiannya bernikah dengan Aiman yang turut dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka kini sekali lagi diuji dengan perpisahan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI