Pasangan Instafamous, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina ada memuat naik sebuah video di laman Twitter.

Video tersebut memaparkan Syafiqah telah membuat sesuatu di telefon bimbit suaminya itu.

Rupa-rupanya Syafiqah telah menukar gambar latar telefon bimbit Hafiz dengan gambarnya yang telah disunting bersama amaran ‘Jangan Tengok IG Perempuan Lain’.

“Terperanjat tengok phone kena warning macam ni.

IKLAN

“Mana ada abang tengok orang lawa-lawa, kalau dah dekat explore macam tu marahlah Mark Zuckerberg,” katanya.

Video lucu tersebut ternyata mencuit hati banyak pihak sehingga telah mendapat lebih 200,000 jumlah tontonan setakat ini.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangan tersebut.

“Dekat Explore Keluar Gambar Macam Tu,”- Amaran Syafiqah Aina Buat Suami Kalau Tengok IG Wanita Lain, Siap Nak Potong Jari!

IKLAN

“Dekat Explore Keluar Gambar Macam Tu,”- Amaran Syafiqah Aina Buat Suami Kalau Tengok IG Wanita Lain, Siap Nak Potong Jari!

Alahai, sampai macam tu sekali ye Syafiqah bagi ‘warning’. Bertabahlah ye Hafiz.

Apapun, MH doakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Twitter Hafiz Mahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI