Ads

Wakaf Van Jenazah, Tindakan Terpuji Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad

Sepotong klip video dikongsi menunjukkan pasangan Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad mewakafkan van jenazah buat Masjid Penambang, Kota Bharu membuka mata netizen.

Ulas Hafiz di ruang kapsyen, dia ikhlaskan sebahagian harta buat penduduk kampung dengan mewakafkan van jenazah.

“Semoga rezeki ini semakin bertambah, rezeki anak, rezeki awak, rezeki abang sendiri dan rezeki keluarga kita.

Ads

“Sekarang kita dekat masjid Penambang, kita nak tengok van jenazah kita wakafkan. Sebab sebelum ini masjid Penambang ni tak ada van jenazah, jadi terpaksa pinjam masjid lain kalau nak bawa jenazah.

“So alhamdulillah sekarang dah dipermudahkan. Tag kita ni, ‘kejayaan demi kebahagiaan.’ Kita berjaya, kita kongsikan kebahagiaan untuk orang lain. InsyaAllah.”

Ads

Dalam video tersebut, Tok Imam masjid turut mengucapkan terima kasih buat pasangan ini kerana memudahkan urusan kariah masjid tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Tahniah buat pasangan muda ini. Semoga lebih ramai lagi yang mengikut jejak pasangan ini untuk mewakafkan harta ke jalan Allah.

Foto – Instagram Hafiz Mahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Edison

Miliki 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Lancar Pusat Pengalaman...

Apa yang bermula sebagai minat mendalam terhadap durian kini berkembang menjadi satu inisiatif berskala besar apabila pempengaruh yang juga usahawan, Edison Ang, menubuhkan Kuala...
error: Hello. Cannot.