Beberapa jam lalu, pasangan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memuat naik foto mereka di lapangan terbang memaklumkan mereka akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.
Posting berkenaan dimuat naik pasangan suami isteri itu menerusi Instagram.
Mengharapkan agar umrah yang akan dilakukan berjalan lancar, Aeril dan Wawa sempat memohon maaf atas segala khilaf sebelum berangkat.
“Dalam perjalanan ke pintu Multazam, mohon doa dan maaf segala khilaf, tulisnya Aeril.
“Doakan saya dan suami selamat pergi dan balik serta mendapat umrah yang mabrur, amin. Mohon maaf salah dan khilaf,” kongsi Wawa pula menerusi Instagram Miliknya.
Lalu, posting berkenaan turut mendapat ucapan dari peminat yang rata-ratannya mendoakan agar perjalanan dan umrah akan berjalan lancar dan dipermudahkan.
Penyanyi, Hafiz Hamidun semalam berkongsi satu bebenang panjang di laman Twitter mengenai insiden dia diganggu seorang wanita.
Katanya, wanita itu juga turut datang ke pejabat untuk bertemu dengannya serta menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengurusnya untuk bertemu dengannya.
“Saya tak kenal pun siapa dia ni. Tadi dia datang ke office saya tak tahu apa tujuan & motif dia. Siapa kenal family dia tolong inform pada family dia supaya buat sesuatu.
“Mohon sebarkan. Maaf sekali lagi, saya tak suka ada gangguan macam ni. She even came to the office and write her phone number and a piece of paper.
“Dia nak suruh call dia ke pulak? Motif apalah dia ni. Rupanya dah banyak kali dah tweet pelik-pelik. Creepy.
“She even texted my manager around two weeks ago. Nak suruh saya colloboration dengan artis korea? Staf saya tak tahulah nak gelak ke nak sedih ke.
“Latest update: Just now ada pihak keluarga dia dah call manager saya, informed bahawa dia memang sudah lari dari rumah sejak 13 November. Laporan polis dah dibuat.
“Okay now apa yang perlu kita buat? kesian keluarga dia. Tapi itulah. Ada yang suruh tunjuk gambar dia supaya orang boleh cari dia.
“Info dari staf saya, dia datang berbaju blouse labuh, warna biru gelap ada bunga-bunga, purdah warna hitam. Esok saya akan check di CCTV, sebab kes dia dilaporkan hilang dah dibuat oleh pihak keluarga dia.
“Okay now I am going to lodge a police report. Will see how it goes. Kalau anda ada info-info yang boleh bantu selesaikan kes dia, harap boleh DM sahaja. Ada messge button di profile saya.
“Now lets focus on helping her, not to accuse her with harsh words,” tulisnya.
Bagaimanapun, bebenang tersebut telah dipadam Hafiz berikutan terdapat komen-komen mengecam terhadap individu tersebut.
“I deleted the whole thread due to outrageous response and personal request from immediate family of that girl. Lets hope that everything will be settled soon,” tulisnya.
I deleted the whole thread due to outrageous response and personal request from immediate family of that girl.
Pelakon, Intan Nujuwa ada memaklumkan bahawa semalam merupakan hari paling ‘huru-hara’ dalam hidupnya selepas mendedahkan dia tidak tahu bagaimana mahu isi minyak kereta.
Katanya, semua berlaku disebabkan pembantu peribadinya (PA) bercuti pada hari tersebut.
Keluhan tersebut disuarakan Intan melalui Instagram.
“Today hidup I sangat huru-hara, sebab PA I cuti. I nak isi minyak kereta pun tak tahu macam mana.
“Teruknya hidup Ya Allah,” katanya di IG story.
Meskipunentri berkenaan telah dipadam, bagaimanapun video tersebut telah tular di semua platform media sosial dan difahamkan turut menerima reaksi pelbagai netizen.
Foto: Intan Nujuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai identiti lelaki misteri yang muncul menerusi foto dimuat naik di media sosial sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, selepas timbul dakwaan dirinya kini sedang berada dalam fasa bahagia.