Instafamous & Usahawan, Belle Al-Yahya Perjelas Maksud Si Nama Anak, Umar Khalif. Rupa-Rupanya…

84

Pengasas busana Muslimah, Belle Al-Yahya sangat sinonim dengan wanita yang tinggi budi bahasa dan memiliki personaliti yang menarik.

Dikurniakan dua orang cahaya mata, Ammara dan Umar, Bella juga merupakan seorang isteri dan ibu penyayang dalam memikul tanggungjawabnya itu.

Belle atau nama sebenarnya Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Shah ada berkongsi postingnya di Instagram yang menjelaskan maksud sebenar nama anaknnya, Umar Khalif.

“Kenapa Umar Khalif?
Sebab masa umi and daddy dapat tau jantina baby boy l, time tu tgh baca kisah sahabat Rasullah, Umar Al-Khatab.

Beliau merupakan seorg khalifah Islam kedua seleps kewafatan Saidina Abu Bakar. Apabila mendengar namanya, pasti anda akan teringat sifatnya yang sangat berani,tegas,adil dan bertanggungjawb.

Selain terkenal dgn sifat tersebut,beliau juga memiliki sifat yg sangat lemah lembut dan kasug sayang terhadap rakyatnya.

Tiada apa yg lebih senang bg Umar drpd melihat rakyatnya cukup utk keperluan. Setiap peminpin yg baik akan menerajui msyrkt dgn bajk dan msyrkt yg baik akan melahirkan pemimpin yg baik

Manakala masyarakat yg buruk akan melahirkan pemimpin yg kurg dr segala segu dan mereka akan memilih peminpin mereka berdasarkan nafsu dan kepentingan diri sendri,” jelasnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Kenapa Umar Khalif? _ Sebab masa umi and daddy dapat tau jantina baby boy, time tu tengah baca kisah sahabat Rasulullah saw, Umar al Khattab. Dan umi selalu doa semoga umar membesar menjadi anak yg soleh dan pemimpin yg baik seperti Saidina Umar. _ Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W dan juga khalifah Islam ke-2 selepas kewafatan Saidina Abu Bakar. Apabila mendengar namanya, pasti anda akan teringatkan sifatnya yang sangat berani, tegas, adil, sederhana dan juga bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawabnya itu ditunjukkan dengan mendahului kepentingan rakyatnya lebih daripada kepentingan dirinya. Selain terkenal dengan sifat tegas, beliau juga memiliki sifat yang sangat lemah lembut dan kasih sayang terhadap rakyatnya. Kesungguhannya untuk menyenangkan dan memakmurkan hidup rakyatnya adalah melebihi keinginan dirinya untuk hidup senang. Tiada apa yang lebih senang bagi Umar daripada melihat rakyatnya cukup akan keperluan. Setiap pemimpin yang baik akan menerajui masyarakat dengan baik, dan masyarakat yang baik akan melahirkan pemimpin yang baik. Manakala masyarakat yang buruk akan melahirkan pemimpin yang kurang dari segala segi dan mereka akan memilih pemimpin mereka berdasarkan nafsu dan kepentingan diri sendiri. _ (sharifah telekung @bellaammara )

A post shared by BELLE AL-YAHYA (@bellealyahya) on

Susulan itu, netizen turut bersetuju dengan perkongsian wanita berdarah campuran Arab itu.

Untuk rekod, Belle telah berkahwin dengan Khalif Shamsudin atau lebih dikenali dengan panggilan Carl Samsudin pada Januari 2013.

Mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata,Ammara, 2 tahun 10 bulan dan Umar Khalif, 6 bulan.

Foto: Instagram Belle Al-Yahya

Apa Kata Anda