Pelawak, Jihan Musa muat naik foto berada di sebuah hospital swasta di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa dia harus menjalani satu pembedahan kecil dan tidak mengandung seperti yang disangka netizen.
“Assalamualaikum semua. Mak check in jap arini. Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Ape ke nama tah sakit tu nnt tgk blk surat tu i update nama dia.
“Thank you Dr. Sarinah & team @avisenaspecialisthospital yg hebat dan baik2 belaka. Yg DM ucap tahniah tu, hmmm TAK saya bukan mengandung adik ninja.
“Huhu.. Saya MC sampai …….. utk urusan kerja dan yg penting2 boleh whats app la klu krik2 tu maknanya masih MC la. Mak rehat jap ye sakit jap.
“Moga terhapus dosa2 lalu InshaaAllah. Akhir kata sentiasa utamakan & jaga kesihatan anda kerana itulah benda yg paling mahal di dunia yg takkan mampu nak beli pun,” tulisnya di Instagram.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang Instafamous, Norreen yang dikatakan telah ‘berperang’ dengan pelakon Janna Nick.
Kisahnya bermula apabila Janna memuat naik video mengenai kisah percintaan remaja mengenai penggunaan media sosial.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Intafamous, Norreen dan dia mulai membidas kata-kata Janna itu.
Bagaimanapun, telah berlaku perselisihan faham antara netizen yang menanggap Norreen sebagai ‘mulut puaka’.
Tidak hanya berdiam diri, Noreen telah ‘bersuara’ dan menjelaskan perkara sebenar.
“HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA we both are friends sejak dari hingusan hnsfff hnssffff pls stop making me famous.. Abaikan gambar ketiga sebab dulu lepas sekolah aku agak terpesong sedikit manakala angah sentiasa cantik bak bidadari kayangan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji kejelitaan kedua-dua mereka ketika zaman remaja.
Aduhai, ada-ada sahaja netizen ini. Lain kali siasat dulu, jangan terus kecam sahaja ya!
Foto : Instagram Noreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan krew Ruzzlan Shah Abdullah yang melakonkan watak Detektif Wong dalam drama siri kegemaran ramai, Gerak Khas.
Kelihatan ramai rakan artis yang turut sama memberikn ucapan takziah di atas pemergiannya itu.
Dalam pada itu, pelakon Hisyam Hamid sempat berkongsi di laman Instagramnya ketika bekerja dengan Allahyarham serta menyifatkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat baik.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. I’m in shock bila dpt berita tentang arwah. Such a nice person, soft spoken, selalu belanja org makan, selalu bagi nasihat dan sgt prihatin terhadap org lain
“Semoga arwah Ruzzlan Shah Abdullah aka Detective Wong aka Abg Lan dicucuri Rahmatnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman, InShaAllah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Foto/Instagram: Hisyam Hamid & Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.