Semalam, separuh akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung semalam. Apa yang menjadi perhatian ialah, bayangan penaja utamanya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak kelihatan menimbulkan pertanyaan penonton.

Lalu, ada yang membuat spekulasi Aliff merajuk setelah dikecam atas insiden terlanjur kata minggu lalu.

“Dah Lah Orang Asyik Kecam, Malas…,” Datuk Seri Aliff Syukri Buka Mulut Isu ‘Hilang’ Di Semi Final GV5, Semalam

Bagaimanapun, Aliff menafikan perkara tersebut dan menerangkan sebab sebenarnya.

“Saya hanya mengikut arahan, pihak pengurusan saya menasihati saya supaya tidak memunculkan diri maka saya hanya ikut kehendak mereka.

IKLAN

“Lagipun nanti orang kecam saya kata saya ini sotong lah, ketamlah, timunlah. Malas! Kau makanlah timun kau sendiri.

“Saya ini ada orang jaga, saya lelaki ada perasaan…tak boleh main pergi je. Kena ikut pihak pengurusan. Nak cakap lebih pun, tak boleh. Jadi tunggu saja sidang media saya nanti,” katanya kepada MH pada sesi Live di FB.

Aliff berkata demikian ketika ditemui di sesi pemberian zakat kepada pelajar yang memerlukan, hari ini di Sungai Buloh,Selangor.

IKLAN

Katanya lagi, dia turut memjawab isu yang diperkatakan ramai mengenai pandangannya terhadap peserta yang terkeluar minggu lalu.

“Saya sebagai penaja hanya memberikan komen peribadi. Pada saya ada yangsepatutnya terkeluar jadi kenapa juri tak dengar betul-betul?

“Saya pun cakap secara umum, tak bagi tahu nama apa pun,” katanya lagi.

IKLAN

#MHlive wow MH tengah usha resort Datuk Aliff Syukri, sesambil hadir ke sesi pemberian zakat olehnya kepada pelajar memerlukan. Merajuk, sentap ke Datuk Aliff tetap the one! Jom usha resort dia. Siap ada ZOO ok!!!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 11 November 2018

Dalam perkembangan lain, Aliff juga berkongsi bakal muncul dengan single terbaru yang dibuat khas buat pada ‘haters’nya. Namun, setakat ini tidak diberitahu tarikh lagu tersebut akan menemui pendengarnya.

Jom ikuti sedutan FB Live bersamanya awal petang tadi.

Foto/Instgaram: DS Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI