Kehidupan pelakon, Zizie Izette nyata dilihat begitu gembira selepas dikurniakan sepasang cahaya mata kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, Disember lalu.
Namun begitu, tidak sampai setahun kelahiran anak kembar tersebut, Zizi kini dilaporkan kembali hamil.
Kandungan isteri kepada ahli politik, Bung Mokhtar itu kini dikatakan telah menjangkau usia lima bulan.
Ads
Ads
Menerusi Instagram, baby bump Zizi turut jelas kelihatan dan pastinya, ia menjadi momen paling manis buat pelakon ini.
Selain memiliki anak kembar, pelakon tersebut turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zyn Izette yang berumur setahun.
Semoga bayi di dalam kandungan Zizi ini bakal menambahkan kebahagiaan dan memupuk rasa cinta yang lebih dalam buat rumah tangga yang dibina, insyaAllah.
Foto: Instagram Zizi Izatte
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru saja menyambut kelahiran anak bongsunya lebih dua bulan lalu, Lisdawati kini kembali rancak di lokasi penggambaran.
Akui bintang yang memasuki usia 40-an tahun ini, dia mengakui pada fasa sekarang, keutamaannya adalah pada keluarga yang dibina bersama aktor, Fauzi Nawawi.
Bagaimanapun, anda punya masa dan tawaran lakonan yang hadir tepat pada masanya, dia sebolehnya tidak akan menolak. Sebaliknya menyifatkan tawaran lakonan yang datang sebagai rezeki sekeluarga.
“Alhamdulillah saya baru sahaja lepas berpantang anak yang keempat. Sekarang bayi lelaki saya sudah berumur dua bulan setengah. Saya masih lagi aktif berlakon dan baru-baru ini ada muncul menerusi drama bersiri Bahagia Bukan Bidaan bersama suami, Fauzi Nawawi.
“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Nora Danish dan juga Datuk Adi Putra,” katanya.
Lebih menarik Lis turut menambah sewaktu penggambaran drama berkenaan, usia bayi lelakinya baru sahaja mencecah 20 hari.
“Ketika penggambaran, usia bayi saya baru sahaja 20 hari. Saya dah terima tawaran berlakon ni sebelum bersalin lagi. Kalau nak ikutkan saya bersalin awal 10 hari dari tarikh jangkaan. Jadi kerana komitmen tersebut saya perlu lakukan juga penggambaran tersebut.
“Nasib baik saya berlakon bersama suami dan adegan yang melibatkan saya semuanya di rumah. Jadi saya tidak terlalu terdedah dengan angin luar. Bayi saya juga saya perlu bawa bersama kerana dia masih menyusu badan. Saya bawa pembantu untuk uruskan bayi ketika saya berlakon,” Jelas Lis.
Pelakon, Zara Zya tampil menjelaskan spekulasi orang ramai bahawa kekasihnya, Hafreez Adam sudah melamarnya, baru-baru ini.
Katanya, sebentuk cincin diterimanya daripada Hafreez hanyalah sebagai hadiah hari lahirnya pada hujung Oktober lalu dan tiada niat lain.
“Sebenarnya foto yang saya memuat naik itu bukanlah memberi bayangan atau gambaran apa-apa yang mengatakan kami bakal berkahwin.
“Cuma, saya mahu berkongsi waktu-waktu gembira dengan peminat di laman sosial sahaja.
“Sejujurnya, cincin itu hanyalah hadiah hari lahir saya sahaja. Hafreez sengaja nak sambut hari kelahiran saya lewat sebab tak nak saya syak apa-apa.
“”Sudah tentulah saya terkejut dengan apa yang dia buat. Tapi lagi terkejut dapat cincin itu,” katanya kepada Mstar.
Sebelum ini, Zara memuat naik foto bersama kekasihnya dalam suasana makan malam cukup romantis serta Hafreez menyarungkan cincin di jarinya menimbulkan spekulasi bahawa pasangan tersebut bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.
Susulan itu, pasangan tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Zara dan Hafreez bergelar raja sehari.
Apa pun, jom ikuti kronologi percintaan mereka berdua.
1. Pasangan tersebut mula rapat ketika sama-sama membintangi drama Mona Lisa sebuah adaptasi drama Korea bertajuk Two Women’s Room. Ketika itu, ada spekulasi mengatakan bahawa percintaan mereka hanyalah gimik untuk melariskan drama sahaja, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
2.Sering kali memuat naik foto dan video bersama-sama di laman media sosial masing-masing, ramai yang sering bertanya soalan ‘bila mahu kahwin’ kepada pasangan tersebut.
3.Selain itu, Zara juga membuat kejutan semasa hari lahir Hafreez dengan memakai ‘costume teddy bear’. Comel sangat!
4.Bagaimanapun, September lalu, Zara memuat naik status di Instagram gambaran mempunyai masalah dengan teman lelakinya itu namun memadam status tersebut. Katanya, adatlah satu hubungan pasti ada pasang surutnya.
5. Terbaru, Hafreez pula membuat kejutan hari lahir buat Zara apabila memberikan sebentuk cincin sebagai hadiah buat kekasihnya itu. Romantik habislah!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Datin Anne Ngasri yang selamat melahirkan anak kelimanya, petang semalam.
Bintang yang sebelum ini sinonim menerusi diri drama kanak-kanak, Cili Padi itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram awal malam tadi.
“Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.
“Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi,” tulisnya sambil merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.
“Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family,” maklum Anne.
Terdahulu, Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.