Pelakon Nadzmi Adhwa tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila menerima kejutan hari jadi daripada rakan niaganya, Ardell Aryana. Aktor itu ada memuat naik beberapa potong video dengan kapsyen penuh makna menerusi Instagram.

Tulisnya, dia tidak sangka pelakon wanita itu masih ingat hari jadinya memandangkan tiada ucapan daripada Ardell hingga petang semalam.

Lebih istimewa, Ardel turut menghadiahinya dengan telefon pintar terbaru.

“Terima kasih @ardellaryana? Aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak wish aku tunggu je ? Rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya ? Kenapa kau belikan benda benda mahal ni semua untuk aku ? Iphone XS Max tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli ? Pandaikan kau beli pam asma tu mentang mentanglah aku selalu semput.

IKLAN

“Yang paling penting sekali team kita minat sama ! Arsenal ! Die hard fans dari kecil lagi sama dengan kau ? Aku doakan kau sihat supaya nanti kita boleh futsal macam dulu dulu. Semoga kau sembuh sepenuhnya. Ingat ,Walaupun orang cakap kau friendzone aku tapi aku tak kesah weh. Diorang tak tahu,” tulis Nadzmi.

Pada masa sama, Nadzmi turut menyifatkan Ardel sebagai sahabat susah senang, meski ada yang berpendapat bahawa Ardell melakukan friendzone terhadapnya.

IKLAN

“Kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi ? Sayang sangat !!! Terima kasih untuk semua ni, terima kasih juga semua family kau. Weh kita walaupun beza 2 tahun kau acah acah anggap aku adik , tapi takpe kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak jugak ? Opps.

“Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Takpe aku cepat cepat dewasa okay supaya kau nampak aku ni dah matang ? Semoga Allah bukakan pintu hati kau yang keras tu untuk aku. Eh eh ? To all girls out there yang nak bagi suprise kat kawan lelaki boleh bertapa dulu dengan @ardellaryanani.

IKLAN

“Dia ni pun dah macam lelaki dah opss, and kekadang kan @ardellaryana aku rasa kau lebih lelaki dari aku ??? Terima kasih untuk semua ni. Kau memang legend kakak,” maklumnya lagi sambil disusuli dengan tanda palang #WanitaKu #AdhwaTurns26#NovemberBabies #Scorpio #YaGunnersYa#COYG.

Sehingga kini, video tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka sambil para peminat turut memberikan dedikasi ucapan hari jadi buat Nadzmi.

https://www.instagram.com/p/Bp1haXkAgH_/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI