Selepas mengumumkan kehamilan anak pertama pelakon Mawar Rashid pada pertengahan Ogos lalu, pastinya ia merupakan berita gembira buat Mawar dan suami, Raff Yaakob.
MeskipunMawar kini berbadan dua, ia bukanlah penghalang bagi bekas Dewi Remaja 2014/15 itu untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.
Terbaru,Mawar telah memuat naik video di Instagrammya.
Ads
“Sejak Mummy preggy, terasa nak feeling2 je tak habis2..Ada petanda tak? Btw, time ni baru lepas siap2 makeup dan rambut,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Keluarga Senrose amat sinonim dengan aura kecantikan dan keunikan mereka tersendiri.
Mana tidaknya, lihat sahaja orang tua mereka yang bagaikan awet muda dan masih bertenaga, seolah-olah tidak ditelan usia.
Jadi, tidak hairanlah kedua-dua anak dara mereka iaitu Uqasha Senrose (kakak) dan Nelydia Senrose (adik) sering mendapat perhatian ramai, baik dari segi lakonan dan kisah peribadi.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, 27, sering menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan seperti ‘barbie doll hidup’ dan kerap berkongsi gambar di Instagramnya.
Manakala, adiknya pula Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen atau dikenali sebagai Nellydia, 25 tahun, pula memiliki senyuman manis dan mata galak. Malah difahamkan, Nelydia juga bakal menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihannya, tak lama lagi.
Terdahulu, ibunya Rosmizai Mohd Noor juga baru sahaja menyambut kelahiran yang ke-51.
Lau seperti kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nyata, aura kecantikan dua beradik ini datang dari ibunya yang seperti tak terlalu dimakan usia…betul tak?
Foto: Carian Google/Instagram Raysha Rizrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Senarai 12 buah lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat telah diumumkan.
Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal bersiaran Februari depan adalah Semakin – Siti Sarah (Mera Utama), Bunga – Ara Johari (Hang Nadim/Laq/Kadok), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul/Fedtri Yahya & Shah Shamshiri), Haram – Hael Husaini & Dayang (Hael Husaini/Ezra Kong) dan Luluh – Khai Bahar (Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut mara ialah Bunga – Altimet (Omar K & John Jeevasingam/Altimet), Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra (Haqiem Rusli, Omar K & Ikhwan Fattana/Omar K, Ikhwan Fattana & Aman Ra), Amylea X Kaer (Farouk Roman/Amylea), Hajat – Hael Husaini (Hael Husaini/Ezra Kong), Di Matamu – Sufian Suhaimi (Sirkhan & Rinkarnaen) dan Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Hael Husaini/ Mike Chan/Ezra Kong).
Program tersebut telah bersiaran selama tiga minggu, bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik yang dicalonkam di Muzik-Muzik sepanjang tahun 2018.
SFMM33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad. Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hadir bagi membuat persembahan pada kejohanan Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana baru-baru ini, Syamel mengakui rasa lebih terinspirasi apabila melihat ramai penglibatan anak muda yang mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, meski ada rasa untuk tampil seperti mereka, namun penyanyi Engkau Pun Sama ini bagaimana pun lebih gemar untuk tampil lebih kurus berbanding badan yang mempunyai otot seperti ahli bina badan.
“Suka tengok anak muda badan semuanya cantik. Inspirasi juga bila tengok tambahan pula saya pun dalam proses untuk kuruskan badan. Tapi tak adalah sampai mahu sado. Memadai kalau berat badan turun berbanding sebelum ini.
“Cuma bila saya nak kurus tu, tak adalah saya nak kata tak okay kalau tubuh besar. Cuma saya pernah ‘berada’ di situ. Jadi apa salahnya kalau saya ambil inesiatif untuk turunkan berat badan pula,” jelasnya.
Ditanya berapakah berat badannya ketika ini, Syamel memberitahu berat badannya sekarang adalah sekitar 80 kilogram.
“Sekarang berat dalam 80kg. Dulu dalam 99kg macam tu. Kalau boleh nak turunkan lagi 10kg. target tahun depan boleh capai berat idaman tu. Saya tidaklah terlalu push sangat. Buat pun mana yang termampu,” terang Syamel yang banyak mengisi masa dengan bersukan kebelakangan ini.
“Saya tidak kisah kalau tak dapat makan nasi. Pada masa sama, saya juga akan main fustal sekurang-kurangnya dalam tiga kali dalam seminggu,” kongsi Syamil.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.