“Since ramai yang DM & bertanyakan pada Tasha mengenai Depression( Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya. Ini tasha share info, nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.
Ads
“Inshallah,semuanya akan baik2. Sebarang pertanyaan anda Semua boleh contact @coachmuhammadfahmi . Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri,” tulisnya.
Tambah Tasha, setiap orang yang mengalami masalah kemurungan ini harus berjumpa dengan pihak pakar untuk megetahui tentang cara mengatasi masalah tersebut.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata peminat berterima kasih kepada Tasha diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan supaya pelakon itu tidak bersedih lagi.
Ads
Sebelum ini, Tasha pernah mendedahkan dirinya menderita masalah kemurungan hampir dua tahun akibat tertekan dengan tekanan hidup.
Foto: Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang kini sedang fokus terhadap drama rantaian terbaru terbitan syarikatnya, Darkwave Pictures berjudul Syukrgaku Tak Sempurna 2 (STS2) bakal ke tanah suci bagi menunaikan umrah 10 Disember depan.
Turut menyertai rombongannya ke sana ialah ahli keluarga tercinta.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci dengan lebih lanjut, Rafiena menjelaskan niat untuk menunaikan umrah sebenarnya sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk ke tanah suci sudah lama, dah lama tergerak hati tetapi masih belum berkesempatan dan akhirnya, nenek bersama ahli keluarga lain yang pergi tunai umrah terlebih dulu. Malah emak pun sudah pun dipanggilNya untuk tunai haji.
“Jadi kali ini saya sudah tekad untuk jejakkan kaki ke sana seterusnya tunai umrah buat kali pertama, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk ke sana kali ini, Rafiena menjelaskan semuanya bermula dengan tiga mimpi berkaitan yang seolah-olah menjentik hati.
“Sudah tiga kali saya mimpi perkara yang hampir sama. Pertama tahun lalu apabila saya mimpi sedang melakukan solat betul-betul di hadapan kaabah. Tiada ramai orang waktu itu dan saya dengan mudah dapat lakukan solat.
“Mimpi kedua pula, saya berpeluang untuk mencium Hajarul Aswad selepas tunai solat sehinggalah yang terbaru, saya sekali lagi mimpi berjalan menuju kaabah dengan emak. Jadi memang kali ini saya kena tekadkan niat untuk ke sana.
“Rasa tak sabar dan alhamdulillah, moga semuanya akan dipermudahkan,” terang Rafiena yang sudah berniat untuk mendoakan kesejahteraan keluarga selain mendoakan yang baik-baik buat perkembangan syarikat dan anak syarikat yang lain.
“Pohon doa yang baik-baik, dimurahkan rezeki serta dihindari daripada hasad dengki,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rafiena turut menyambut kehadiran seramai 40 orang anak angkatnya dari Madrasah Idrisiah, Perak.
Selain dapat beramah mesra sebelum pemergian Rafiena ke tanah suci, anak-anak ini juga turut berkesempatan menyaksikan sendiri penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam.
“Saya memang mahu isi masa bersama mereka sebelum tunai umrah dan kebetulan dapat berjumpa sebab mereka dari Seremban kerana mengikuti satu program. Jadi bila mereka hadir, dapatlah anjurkan sedikit jamuan dan doa selamat,” akhirinya.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah para pelakon drama tersebut iaitu Raja Ilya dan Zarina Zainoordin. Sekuelnya turut menampilkan lakonan mantap Shah Iskandar dan Haliza Misbun sementara sutradara Raja Mukhriz pula menggalas tugas sebagai pengarah.
STS2 dijangka bakal ditayangkan menerusi saluran Hypp TV Mac tahun hadapan.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datin Hajah Fouziah Gous dan suaminya Datuk Haji Md Zhafran Md Yusof telah mendapat panggilan Allah untuk menunaikan haji pertengahan tahun ini.
Merakam kembali detik pemergiaanya ke tanah suci lalu mendapat status sebagai Hajah, Fouziah seperti yang dipetik Mingguan Wanita memberitahu, status hajah yang diperoleh itu bukan sesuatu yang mudah.
Sebaliknya, dia dan suami, Zhaf perlu melalui satu saat mencabar, atas beberapa insiden peribadi yang melanda diri.
“Seperti mana yang umum tahu, saya tinggalkan anak saya yang dimasukkan ke dalam ICU dan sebagainya demi mengejar status hajah sebagai hamba Allah.
“Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan status itu dan kita pula perlu menunaikan apa kehendak Allah. Jadi bila saya bawa status itu saya rasa bangga. sebab Allah memberi peluang kepada saya.
“Walaupun saya ini serba kekurangan tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tip. Maksudnya Allah terima perjalanan saya. Seburuk-buruk kita, hanya Allah yang mampu menghakimi kita. Allah sahaja yang mampu hukum saya dan sebagainya.
“Jadi bila Allah melepaskan saya walaupun dengan dugaan untuk bergelar hajah itu, saya rasa sangat bersyukur, amat berterima kasih. Antara ramai manusia di dunia ini, akhirnya saya antara manusia yang dapat menunaikan haji. Saya juga rasa lebih bersemangat bila sudah bergelar hajah,” katanya.
Pada masa sama, pelakon dan pengacara ini juga tidak menafikan, hikmah yang diterimanya membuatkan diri lebih semangat untuk bekerja keras.
“Bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat hendak bekerja pun lain. Semangat untuk setiap benda yang saya lakukan itu adalah kerana Allah dan saya rasa apabila sudah hajah ini saya kena ubah banyak perkara,” terangnya jujur.
Dalam perkembangan lain, pasangan suami isteri ini juga baru saja pulang dari mengerjakan umrah beberapa minggu lalu.
Ikuti temu bual penuhnya menerusi majalah Mingguan Wanita.
Foto: Instagram Fouziah Gous/ Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu mertua kepada personaliti versatil, Ifa Raziah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur awal malam tadi kerana tahap kesihatannya yang kian menurun sejak kebelakangan ini, awal malam tadi.
Berita tersebut dimaklumkan bintang yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser itu menerusi Instagram miliknya, lengkap dengan sepotong video yang menyaksikan Ifa bersama keluarga sedang berada di perkarangan Zon Kritikal & Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur.
Malah, Ifa turut memuat naik perkara sama menerusi Insta Stories.
“Assalamualaikum.. Sesiapa yg mengenali Ibu Mertua Ifa.. Khizan Binti Zain.. beliau skrg dlm keadaan Nazak masih kritikal di ICU HKL.
“Ifa sekeluarga memohon doa2 anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya Aamin . . kpd saudara jauh dan dekat boleh hubungi Abg Yang atau Yani,” tulis Ifa.
Serentak dengan perkongsian usahawan produk Solid Molid itu, rata-rata para peminat mendoakan semuanya dipermudahkan dan tidak kurang yang meminta Ifa sekeluarga supaya tabah, perbanyakkan doa.
Malah, dedikasi sama turut diberikan sahabat dan rakan selebriti lainnya.
Moga Ifa dan keluarga tabah menghadapi ujian dariNnya.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.