Pelakon popular Bollywood, Aamir Khan selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan lamanya, Gauri Spratt dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung secara sederhana di kediamannya di Mumbai, India pada 5 Julai lalu.
Majlis intim penuh eksklusif itu dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat, sekali gus diserikan dengan kehadiran anak-anak daripada kedua-dua belah pihak.
Menurut laporan New Straits Times, pasangan tersebut memulakan hari dengan mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah Akta Perkahwinan Khas (Special Marriage Act) sebelum meneruskan majlis perkahwinan tertutup, sekali gus melengkapkan semua urusan perundangan pada hari yang sama.
Antara tetamu terkenal yang hadir ialah bekas pemain kriket Irfan Pathan, pelakon dan pelawak Vir Das, serta pengarah filem Ashutosh Gowariker.
Ads
Turut bersama memeriahkan majlis ialah anak-anak Aamir iaitu Junaid Khan, Ira Khan dan Azad Rao Khan, selain anak lelaki Gauri Spratt daripada perkahwinan terdahulu, sekali gus menyatukan kedua-dua keluarga.
Bertemu Semula Selepas Lebih Dua Dekad
Pelakon filem 3 Idiots itu sebelum ini memaklumkan dia memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana dengan hanya disaksikan ahli keluarga serta sahabat terdekat.
Ads
Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Aamir selepas perkahwinannya bersama Reena Dutta dan Kiran Rao, manakala bagi Gauri Spratt, ia merupakan perkahwinan keduanya.
Ads
Aamir dan Gauri dilaporkan mula mengenali antara satu sama lain lebih dua dekad lalu sebelum kembali bertemu dan menjalinkan hubungan cinta.
Hubungan mereka akhirnya didedahkan kepada umum pada Mac tahun lalu, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Aamir yang ke-60. tahun kelahiran Aamir yang ke-60.
Sumber: News Straits Times & Indian Express
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli mengakui kehidupannya berubah ke arah yang lebih positif selepas mendirikan rumah tangga apabila isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.
Menurut Haqiem, 28, Anis menjadi antara insan paling banyak membimbing dirinya untuk menjadi lebih matang, terutama dalam aspek komunikasi, cara berfikir dan membuat pertimbangan.
Jelasnya lagi, status sebagai bergelar suami bukan sahaja mengajarnya menjadi individu yang lebih tenang, malah membentuk dirinya menjadi insan yang lebih baik dalam setiap sudut kehidupan.
“Bukanlah saya nak cakap yang diri ini sudah matang 100 peratus, cuma alam perkahwinan memang banyak mengajar saya menjadi manusia lebih baik.
“Sejujurnya, insan paling banyak menegur dan mendorong saya berubah menjadi lebih baik ialah isteri saya. Dialah banyak mengajar saya.
“Isteri mengajar cara berkomunikasi, cara berfikir, apa boleh cakap dan apa tidak. Kami belajar bersama-sama,” katanya.
Haqiem berkata demikian ketika menjayakan persembahan pada Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026, baru-baru ini.
Selain Haqiem, penyanyi legenda Zaiton Sameon turut dijemput memeriahkan Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026 yang dihadiri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sangkar Derita ini turut menambah, sebelum ini dia mudah mengikut emosi dan sering bertindak terburu-buru, khususnya ketika berdepan sesuatu isu di media sosial.
Malah isterinya juga kini banyak membantu meningkatkan tahap profesionalismenya sebagai anak seni, termasuk daripada aspek penampilan dan persiapan sebelum membuat persembahan.
“Jujurnya isteri jugalah yang banyak mengajar. Dia banyak membuang perangai toksik lelaki saya.
“Pernah dia tegur, takkan setiap kali membuat persembahan saya nak pakai jaket sama sahaja?
“Dari situ saya sedar, kalau orang sudah membayar untuk melihat persembahan kita, kita juga perlu melabur demi memberikan persembahan terbaik.
“Dia juga nasihatkan saya untuk beli mikrofon baharu demi kualiti persembahan,” katanya lagi.
Tambah Haqiem, setiap teguran serta nasihat daripada isterinya membuatkan dia lebih menghargai kepentingan untuk sentiasa memperbaiki diri, bukan sahaja sebagai suami, malah sebagai anak seni yang sentiasa menjadi perhatian ramai.
Terdahulu, Majlis Apresiasi Hari Guru Pahang 1st 2026 menjadi platform penghormatan tertinggi peringkat negeri yang dianjurkan secara kolaboratif oleh Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang, Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (KPIBKS) serta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi memartabatkan profesion keguruan di samping meraikan kecemerlangan sekolah-sekolah di negeri itu.
Lebih RM60,000 diperuntukkan sebagai hadiah wang tunai bagi menghargai 49 penerima anugerah yang terdiri daripada individu dan institusi pendidikan. Antara pengiktirafan yang diberikan termasuk Hadiah Ikon Guru Akademik serta 11 kategori Ikon Guru daripada pelbagai latar belakang seperti pencipta kandungan digital, guru inovatif, guru OKU dan guru Orang Asli.
Bagi kecemerlangan akademik SPM pula, sebanyak 12 sekolah menerima pengiktirafan selepas mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 2.30, selain beberapa sekolah lain yang berjaya merekodkan lonjakan GPS melebihi 0.90.
Dalam masa sama, 14 sekolah dari seluruh Pahang dipilih menerima Anugerah Lonjakan Layak Menerima Sijil (LMS) terbaik bagi memastikan pengiktirafan diberikan secara adil di setiap kawasan.
Sokongan terhadap sektor pendidikan turut diterjemahkan menerusi kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang dan PIBKS melalui penyediaan peruntukan khas serta pengurusan hadiah, sijil dan logistik.
Sebagai simbol kebersamaan warga pendidik, YAB Menteri Besar turut menyerahkan kain baju batik secara simbolik kepada Pengarah Pendidikan Pahang untuk diagihkan kepada lebih 25,000 warga pendidik di seluruh negeri itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sebuah syarikat telekomunikasi tampil memberikan kenyataan susulan insiden tular di media sosial yang membabitkan dakwaan kebocoran bil peribadi akaun milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.
Menerusi kenyataan rasmi, pihak yang berkaitan hari ini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.
“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.
“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas,” jelas kenyataan terbabit.
Dalam kenyataan sama, pihaknya turut memaklumkan sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan dakwaan insiden berkenaan.
“Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut.
“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi,” tambah kenyataan itu lagi.
berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.
Pempengaruh itu juga meminta penjelasan daripada pihak telco mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang
Terdahulu, Khairul Aming menuntut penjelasan sebuah pihak telco bagaimana butiran bil miliknya didakwa boleh diketahui pihak lain sebelum ia dikongsikan di media sosial.
Sebelum ini, seorang pengguna Threads mendakwa usahawan terbabit mempunyai tunggakan bil, selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad, menzahirkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran cucunya, Ayden Adrean yang ke-9 pada 8 Julai lalu.
Menurut Hafizah, meskipun sudah lama tidak bertemu, dia dan seluruh ahli keluarga tidak pernah melupakan Ayden serta adiknya, Ara Adreanna.
“MasyaAllah, satu lagi tahun sudah berlalu. Selamat hari lahir cucu kesayangan saya Ayden Adrean.
“Umi Wan, Tok Ayah, daddy dan ibu saudara awak tidak pernah sesekali melupakan kamu sayang,” tulisnya.
Ucapan menyentuh hati itu dikongsikan Hafizah menerusi hantaran di Instagram Stories. Pada masa sama, beliau memaklumkan masih menyimpan rapi foto dan video terakhir Ayden yang dirakam tiga tahun lalu.
“Ini adalah gambar dan video terakhir kamu yang kami ada sejak tiga tahun lepas. Saya simpan dengan baik.
“Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan taqwa pada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah yang terhebat,” kongsinya lagi.
Hafizah turut meluahkan harapan agar dapat dipertemukan semula dengan cucu-cucunya suatu hari nanti.
“Jika kita tidak berpeluang bertemu lagi di dunia ini, insya-Allah kita akan dipertemukan semula di akhirat dengan rahmat Allah.
“Kami semua menyayangimu kerana Allah. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Bella dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Pasangan itu pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres popular, Fasha Sandha tampil bersuara susulan apabika ada segelintir penonton yang memberikan reaksi seolah-olah mengkritik gandingan hero menerusi drama terbaharunya, Kasih Yang Terkorban...