Ads

“Bila Dia Bercerai Dengan Bella, Saya Sentiasa Ada Bersamanya,” – Aliff Aziz Didakwa Mungkir Janji, Ini Luah Rasa Nick Mikhail

Nick
Nick

Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak terkilan dengan penyanyi, Aliff Aziz yang didakwa telah membatalkan jemputan persembahan pada saat akhir.

Difahamkan, Aliff sepatutnya membuat kemunculan istimewa di majlis pelancaran produk terbaharu milik isterinya yang juga pempengaruh, King Coco yang berlangsung pada Ahad lalu.

Bagaimanapun menurut Nick, dia kecewa kerana segala perancangan yang telah disusun buat isterinya itu tidak dapat direalisasikan.

“Bila Dia Bercerai Dengan Bella, Saya Sentiasa Ada Bersamanya,” – Aliff Aziz Didakwa Mungkir Janji, Ini Luah Rasa Nick Mikhail

“Saya kecewa kerana saya sudah hubungi dia sejak sebulan yang lalu. Pada 26 Mei, dia minta wang deposit dan saya sudah pun sudah jelaskan.

“Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Aliff maklumkan dia ada sedikit masalah kerana tarikh penggambaran itu terpaksa dianjakkan.

“Saya bagitahu Aliff, dia mesti datang ke acara ini kerana kita sudah rancang segalanya. Malah, lagu persembahan pula memang sudah dipilih khas untuk dia nyanyikan.

“Kalau dia yang bawakan lagu Risk It All itu, majlis ini akan jadi sangat bagus. Ini adalah majlis yang saya buat untuk King Coco. Jadi, saya mahu mereka yang rapat dengan saya, ada sekali,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk I Am Coco di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baca Artikel Lain;

Ads

https://www.mediahiburan.my/saya-sibuk-jadi-champion-wife-king-coco-akui-hidup-lebih-tenang-berehat-daripada-aktif-di-media-sosial-fokus-bisnes/

Sentiasa Ada Bersama Aliff, Namun…

Jelas Nick lagi, dia tidak menyangka Aliff sanggup melakukan hal sedemikan walaupun mereka sudah lama bersahabat baik.

Katanya lagi, ketika dihimpit kontroversi, dia sentiasa mempertahankan Aliff walau apapun persepsi orang luar terhadap dirinya.

“Bila Dia Bercerai Dengan Bella, Saya Sentiasa Ada Bersamanya,” – Aliff Aziz Didakwa Mungkir Janji, Ini Luah Rasa Nick Mikhail

“Sehari sebelum acara ini berlangsung, dia bagitahu yang dia memang tak boleh buat langsung. Saya rasa ramai yang tahu, daripada 2017 sehingga sekarang, saya sentiasa di belakang Aliff.

Ads

“Dia betul atau salah, saya sentiasa sokong dia. Ketika dia bercerai dengan Bella, saya sentiasa ada bersamanya. Malah, saya juga yang uruskan bila Aliff muncul di sebuah program podcast untuk menjelaskan kisahnya.

“Bila jadi macam ini, saya sangat kecewa. Saya ini sahabat baik dia dan bukan orang luar. Ini kali pertama saya minta tolong dia. Saya mahu acara ini nampak gah.

“Namun, awak tak boleh buat. Saya juga tahu yang dia terima tawaran berlakon ini selepas menerima tawaran saya. Adakah sebab itu projek di Indonesia? Saya rasa dikhianati,” ujarnya.

Ulas Soal Deposit

Mengulas soal deposit RM1,500 yang masih belum dipulangkan, Nick berkata wang itu bukan lagi menjadi isu utama, sebaliknya dia lebih terkilan dengan tindakan sahabat yang disifatkan seperti adik sendiri.

“Bila Dia Bercerai Dengan Bella, Saya Sentiasa Ada Bersamanya,” – Aliff Aziz Didakwa Mungkir Janji, Ini Luah Rasa Nick Mikhail

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“RM1,500 itu bukan soal besar. Kalau tak dipulangkan pun saya anggap sedekah. Ramai suruh saya saman atau ambil tindakan undang-undang sebab semuanya ada dalam WhatsApp.

“Tapi saya tak mahu tutup periuk nasi orang. Saya cuma mahu orang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Aliff tak membuat persembahan pada majlis ini,” katanya.

Selepas meluahkan kekecewaan menerusi media sosial, Nick mengakui dia terus menyekat nombor telefon Aliff kerana enggan mendengar sebarang penjelasan.

“Bila Dia Bercerai Dengan Bella, Saya Sentiasa Ada Bersamanya,” – Aliff Aziz Didakwa Mungkir Janji, Ini Luah Rasa Nick Mikhail

“Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sebab kalau saya dengar, mungkin saya akan jadi lebih marah atau akhirnya memaafkan dia.

“Kalau suatu hari nanti hati saya terbuka, mungkin saya boleh maafkan dia, tetapi saya rasa saya tak akan lagi berada di belakang dia seperti sebelum ini,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Azeva

“Jika Filem Atau Telefilem, Saya Benarkan,” – Tumpang Gembira Lihat Kejayaan...

Pengarah dan penerbit, Datuk A. Aida tetap berbangga dengan pecapaian yang diraih bersama anaknya, Azeva Natassha meskipun menduduki tempat keempat di Grand Finale Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).
error: Hello. Cannot.