Youtuber, Bidin Al Zaifa teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah, Pierre Andre di dalam filem seram terbaharu berjudul Dajal.
Menggalas watak utama, Bidin akui dia turut berpuas hati dengan kualiti lakonannya selepas banyak menimba ilmu dan tunjuk ajar bersama Pierre.
“Satu pengalaman menyeronokkan dan mencabar. Bila masuk ke set dan bekerja dengan pengarah yang ada pengalaman 20 tahun dalam industri, dia tidak mengarah tetapi mengajar.
“Ketika di lokasi juga, saya ingatkan apa yang saya ‘deliver’ itu hanyalah 75 peratus hingga 80 peratus sahaja tetapi bila saya tonton hasil akhir filem ini, saya sangat berpuas hati.
“Rasa bangga dengan diri sendiri dan hasil akhir filem ini. Ia adalah kerjasama berpasukan,” katanya kepada MH.
Ads
Pemilik saluran Youtube Waknat TV itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal, baru-baru ini.
Ada Gangguan Di Homestay
Dalam pada itu, Bidin mendedahkan dia turut berdepan pengalaman seram sewaktu menjalani penggambaran naskhah berkenaan.
“Saya sebenarnya sudah persiapkan mental untuk situasi seperti ini. Saya seakan diganggu ketika di rumah penginapan kami di Bukit Fraser. Saya dan Amir Nafis diberikan bilik berasingan.
Ads
“Ketika itu, Amir sudah pulang ke Kuala Lumpur dan saya masih jalani penggambaran. Bila penggambaran selesai jam 5 pagi, saya pulang ke bilik dan mandi sebelum tidur.
“Kemudian, saya terdengar bunyi orang mandi di bilik sebelah padahal Amir sudah balik. Bila saya tak layan, dia main pintu pula. Saya pasang earphone dan terus main game sampai tidur.
Ditanya mengenai perbezaan menjalani penggambaran Youtube dan filem, Bidin memaklumkan dirinya terbuka untuk menghormati kehendak pengarah.
“Kalau di Youtube, itu cerita saya. Yang ini adalah cerita Pierre. Dia yang menelefon saya untuk berlakon. Takkan di set saya nak langgar dia pula. Kita mesti kena hormat pengarah,” akhirinya.
Terdahulu, filem Dajal yang diarahkan oleh Pierre Andre ini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Februari.
Selain Bidin, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Nafis, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi khabar gembira menerusi sebuah posting di Instagram, pelakon, Zamarul Hisyam memaklumkan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Diana Rafar telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Jumaat.
Menurut Zamarul, kelahiran cahaya mata tersebut bakal menceriakan lagi suasana di dalam keluarganya.
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi berita gembira apabila menerima bingkisan hadiah berupa pinggan mangguk corak flora daripada Michael Ang.
Jelas Elizad dia tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan kerana dia hanya bertanya di mana boleh set tersebut kepada pengarah tersebut pada awalnya.
Pelakon, Rita Rudaini tidak kisah serta ambil serius andai masih ada netizen yang mengaitkan dua anak lelakinya bersama bapa mereka, Aidil Zafuan di media sosial.
Kongsinya kepada MH, tiada apa yang perlu difikirkan memandangkan kedua kanak-kanak berkeaan adalah anak kepada ahli sukan tersebut.
“Saya tidak kisah kalau ada yang masih mengaitkan mengenai anak-anak dengan bapa mereka. Itu memang anak dia, anak pertama dia.
“Mana boleh ‘buang’ hal itu dan tak kan lah saya nak marah kalau ada yang masih kaitkan.
“Yang pertama tu boleh dikata ‘copypaste’ muka seperti bapanya. Malah mereka turut meminati sukan yang sama,” kata Rita.
Dalam perkembangan lain, Rita yang turut terlibat menerusi program All Stars Buka Panggung turut menantikan jadual beberapa drama terkini yang akan dilakonkan tidak lama lagi.
“Saya difahamkan, drama bersiri Geng Mak-Mak akan disambung untuk musim terbaru. Kalau jadi, penggambaran akan bermula bulan hadapan.
“Selepas itu insyaAllah saya akan terlibat dalam satu siri super-tele. Akan tetapi semuanya masih di dalam perbincangan.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008. Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.
Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...