Pelakon Amyza Aznan, 50, memaklumkan bahawa doktor telah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail, 18, selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Menurut Amyza, doktor juga akan mengambil sampel bagi menentukan sama ada ketumbuhan tersebut bersifat kanser atau sebaliknya.

“Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan.

“Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.

Ads

“Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Ulang Alik Dari Set Ke Hospital

Amyza pada masa sama menambah, dia terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya yang dirawat di hospital di Ampang.

Ads

“Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.

“Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung jatuh sakit.

Ads

“Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh,” katanya.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza memohon semua untuk mendoakan kesembuhan anak sulung, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI