Berdepan dakwaan mengenai isu mahkamah syariah, pelakon Uqasha Senrose menuntut pihak yang menyebarkan tuduhan tak berasas mengenai perkahwinannya bersama aktor Kamal Adli, agar tampil dengan bukti yang kukuh.
Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
“Saya nafikan 100 peratus. Insya-Allah selagi kita boleh jaga rumah tangga ini, kita jagalah dengan sebaik-baiknya.
“Sebab bagi saya, di dalam rumah tangga bukan semua yang indah-indah. Tak kanlah saya mahu cerita kepada semua.
“Malah kalau kata saya ke mahkamah, bagi bukti. Mahkamah mana? Saya pun tak tahu mahkamah mana yang saya pergi.
Ads
“Demi Allah saya tak pernah nak pergi, menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Tak pernah,” katanya.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui sejur pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Khamis.
Mahu Fokus Pada Anak
Ads
Memilih untuk tidak mengambil pusing mengenai spekulasi yang tidak betul, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, kini hanya mahu fokus untuk membesarkan anak mereka, Hawra Uqaira yang kini berusia 9 bulan.
Sebelum ini, nama pasangan selebriti itu menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka sedang diuji.
Ads
Uqasha dan Kamal itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Kes kematian selebriti popular Thailand, Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong menjadi bualan hangat bukan sahaja di negaranya malahan menjadi tumpuan media serantau Asia.
Selain kerana dirinya yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model popular yang kerap menghiasi kaca televisyen, kecurigaan tentang bagaimana kematiannya terjadi menimbulkan tanda tanya kepada para peminat.
Dia yang dikatakan lemas setelah terjatuh dari bot laju yang dinaikinya di Sungai Chao Phraya pada Jumaat, 25 Februari ditemui dalam keadaan menyayat hati 38 jam kemudian. Paru-parunya di penuhi pasir dan terdapat kesan luka dalam pada kaki kirinya dipercayai terkena kipas bot laju.
Namun begitu, Panida Sirayutthayothinibu yang merupakan ibu kepada wanita berusia 37 tahun ini tidak percaya bahawa kematian anak perempuannya adalah akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot laju. Tangmo dikatakan terjatuh ketika ke bahagian belakang bot untuk membuang air kecil kerana tandas di atas bos tersebut tidak berfungsi.
Walau bagaimanapun, Panida mencurigai kenyataan tersebut. Ujarnya,”Tangmo adalah seorang bintang. Sukar untuk membayangkan dia pergi ke bahagian belakang bot untuk membuang air kecil.”
Kini pihak polis Thailand telah mengeluarkan kenyataan setelah ujian forensik dilakukan. Mengikut keputusan yang diperolehi, Tangmo disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Menurut Pol Lt-Gen Jirapat Phumichit, pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Tangmo di dapati mengalami luka dalam pada kaki kirinya, mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada aktres itu terjatuh dari bot, atau ditolak. Beliau turut mendedahkan polis tidak percaya dengan kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan selebriti tersebut.
Selain itu, pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Tangmo telah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya berikutan keadaan mayat yang sudah berada lama di dalam air.
Pemilik dan pemandu bot laju yang membawa selebriti popular itu telah didakwa kerana cuai dan mengendalikan kapal yang tidak sah akibat kelewatan membayar cukai kapal. Polis pada malam Sabtu lalu secara rasmi telah mendakwa pemilik bot tersebut, Tanupat “Por” Lerttaweewit dan pemandu bot, Phaiboon “Robert” Trikanjananun.
Ketika kejadian itu berlaku empat lagi individu lain yang berada di dalam bot tersebut ialah Idsarin “Gatick” Juthasuksawat, pengurus peribadi Tangmo; Wisapat “Sand” Manomairat, seorang lagi wanita; dan Nitas “Job” Kiratisoothisathorn.
Ketika ini berlegar-legar di ruangan media sosial konspirasi yang kononnya Tangmo dianiayai oleh rakan-rakannya. Walaupun begitu, warganet dinasihati tidak mempercayai sebarang khabar angin kerana kes tersebut masih di dalam siasatan pihak berkuasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon, Edika Yusof terkilan dengan sikap segelintir pengarah dan stesen televisyen yang gemar menilai kemampuan seseorang artis itu hanya berdasarkan usia semata-mata.
Menurut Edika, seseorang pelakon itu harus dinilai menerusi kemampuan sebenar untuk menjayakan sesebuah watak di dalam drama atau filem.
“Pada pendapat saya, seorang pengarah atau mana-mana media tv tak sepatutnya menilai seseorang pelakon itu tua atau slow dan tak layak memegang watak penting dalam sesuatu karya kerana peringkat umur mereka dah meningkat.
“Sebab kalau keadaan fizikal masih kuat dan boleh beraksi tiada sebab untuk dipinggirkan. Bakat kami disia-siakan, ada yang masih boleh beraksi seperti dulu,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Projek: High Council ini turut mendedahkan mengenai senario industri lakonan tempatan yang mahu sesetengah pelakon membuat aksi lagak ngeri sendiri tanpa memikirkan mengenai risiko kecederaan.
“Untuk filem seperti di Bollywood atau Hollywood, pelakon lagak ngeri akan disediakan untuk aksi lasak kerana takut pelakon tercedera akan menggangu penggambaran.
“Di sini lagilah, selalunya kalau pelakon buat adegan lasak, nasib tak baik tercedera dan kita kena tanggungjawab sendiri. Kamikaze namanya. Pernah berlaku kepada diri saya sendiri. Insurance tak cover ya.
“Nama pun berlakon, jadi aksi-aksi lasak haruslah dilakonkan agar nampak lasak. Bukan buat real-real lasak. Kalau nak betul-betul buat real, dua tumbukkan padu di muka dah concussion pelakon tu.
“Koreografer aksi lasak itu sendiri kena bijak agar dapat merealisasikan kehendak karya itu,” ujarnya lagi.
Malah, Edika juga turut menyentuh soal bayaran yang tidak setimpal bila melibatkan pelakon-pelakon lama.
“Kenapa di sini, nilai artis yang meningkat usia di pandang rendah. Offer payment serendah-rendah yang mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading yang muda mudi.
“Lagi lama pengalaman, lama tinggi gajinya tapi dalam industry perfileman di Malaysia ni, terbalik pula. Jadi secara jujurnya di Malaysia kita perlu tukar mindsets kita untuk memajukan lagi industri ini.
“Kena ada collaboration antara yang lama dengan yg baru berganding bersama. Setiap pelakon tak kira yg baru atau lama, ada peminat mereka tersendiri,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Edika turut menyeru kepada para pengarah untuk sentiasa bersikap profesional bersama para pelakon meskipun ketika berhadapan masalah.
“Industri perfileman kita ni kecil je. Jadi bersikap professional lah sesama kita dalam industri. Bersemuka dan berbincang la dengan baik. Be a gentleman/gentlewomen.
“Bila suka semuanya indah. Time tu yang busuk semuanya bau wangi, Boleh terima seadanya. Exited nak meminang boleh bersemuka. Kalau dah tak sudi pun always can slow talk nicely dan berbincang cerita masalah.
“Cari penyelesaian cara baik, win-win situation. baru cool,” akhirinya.
Sekadar informasi, Edika memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1989 menerusi drama Pelumba Malam.
Malah, pelakon berdarah Pakistan ini juga pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Maria Mariana, Awas dan XX Ray.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu para wanita khususnya yang berhijab contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para hijabi yang sedar, cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...