Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Perkhabaran duka ini disahkan sendiri oleh Ridzuan, atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di media sosial.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas dalam perkongsian tersebut.
Ads
Berita pemergian Akiko mengejutkan ramai pengikutnya, terutamanya kerana dia masih sempat muncul dalam siaran langsung pada malam sebelumnya.
Dalam pada itu, anak saudara Ridzuan, yang juga pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, turut berkongsi ucapan takziah menerusi satu hantaran di Instagram.
Ads
“Akiko Okumura isteri pakcik saya Ridzuan telah meninggal dunia. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Akiko, yang berasal dari Jepun, berkongsi kehidupan bersama Ridzuan selama lebih 15 tahun.
Ads
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 sehari sebelum pemergian ibunya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan membabitkan isu syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, baru-baru ini.
Meskipun terkejut dengan dakwaan berkenaan, Jalaluddin, 71, bagaimanapun memaklumkan sehingga kini masih belum menerima apa-apa panggilan daripada pihak SPRM berhubung kes itu untuk membantu siasatan.
“Sudah tentu, tiada masalah (untuk beri kerjasama dengan pihak SPRM bagi membantu siasatan). Cuma, setakat ini belum ada sebarang panggilan lagi.
“Apapun, tugas saya hanya sebagai duta saja dengan syarikat perunding kewangan terbabit yang bertanggungjawab menjalankan tugas membuat promosi di media sosial, itu saja.
“Manakala, untuk perkara lain saya tidak terbabit. Malah, selama menjadi duta, saya ‘happy’ melakukannya kerana tidak pernah ada masalah.
“Tapi, saya terkejut dengan adanya isu ini,” katanya, petik kepada Harian Metro.
Jalaluddin berkata demikian ketika ditemui sejurus Majlis Bulan Bintang Sedekad Menyinar di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ditanya juga sama ada dirinya sudah tahu mengenai perkara tersebut, Jalaluddin berkata, dia sudah dimaklumkan mengenainya oleh pengasas terbabit.
“Saya sudah diberitahu oleh pengasas syarikat perunding kewangan itu terhadap isu berlaku. Jadi, saya tiada masalah diminta membantu siasatan.
“Apatah lagi, saya diminta jangan bimbang mengenainya kerana saya hanya menjalankan tugas sebagai duta yang dilantik,” katanya memberitahu kontrak diikat selama setahun.
Sementara itu, Jalaluddin turut menafikan dakwaan kononnya beliau menerima bayaran sehingga RM400,000 sebagai duta.
“Alangkah bertuahnya jika saya dapat wang sebanyak itu. Saya tidak mahu cerita, apapun menafikan perkara itu.
“Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Saya lihat reaksi pihak mereka tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Jalaluddin disebut-sebut sebagai antara selebriti yang berkemungkinan bakal dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan dalam operasi Ops Sky.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kita akan dapat berita gembira lagi beberapa minggu dan akan dapat bersama dengannya.”
Demikian kata anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar, ketika ditanya mengenai ‘kehilangan’ rakan seperjuangannya, Yassin Yahya, dari radar industri hiburan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Azlee, sahabatnya yang dianggap seperti adik bongsu dalam Senario itu berada dalam keadaan baik, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada isteri Yassin.
“Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.
Azlee berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Bazaar Raya Shah Alam x Azlee Senario di Kelab Shah Alam, pada Selasa.
Azlee turut berkongsi rasa ‘cemburu’ dengan Yassin yang berpeluang menjalani ibadah puasa di tempat yang lebih baik sepanjang Ramadan ini.
“Sebenarnya saya pun sedih sebab kita puasa di sini, tapi dia dapat buka puasa ‘di sana’, betapa untungnya. Itu adalah satu rahmat yang Allah bagi.
“Yassin sebenarnya mahu menambah ilmu. Kita perlu menambah ilmu-ilmu, jadi dia sedang menuntut dan mungkin selepas ini dia akan mengajar kita pula,” katanya lagi.
Meski tidak mahu mengulas lanjut mengenai keberadaan Yassin buat masa ini, Azlee bagaimanapun memberi bayangan sahabatnya itu sedang berada dalam fasa ‘menimba ilmu’ dan mungkin akan berkongsi pengetahuannya di masa hadapan.
Dalam perkembangan lain, Azlee berharap agar semua anggota Senario, termasuk Yassin, dapat bersama menjayakan konsert berskala besar di Stadium Merdeka yang dijadualkan pada Oktober tahun ini.
“Kita sebenarnya ada konsert besar Senario pada bulan Oktober ini di Stadium Merdeka dengan sasaran pengunjung 40,000 orang.
“Ini giliran Senario pula untuk masuk ke sana, jadi kami memang mengharapkan semua anggota ada,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan susulan itu, pelbagai spekulasi mula tersebar sejak Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon, Linda Hashim menerima keputusan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menangguhkan prosiding sebutan cerainya dengan suami yang juga pelakon, Beego pada 6 Mac depan.
Walaupun prosiding hari ini tidak berjalan seperti yang diharapkan, Linda tetap berharap agar segalanya dapat berjalan dengan lancar pada proses berikutnya.
“Kita hanya mampu merancang tapi kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Saya cuma mengharapkan agar proses ini berjalan dengan baik dan cepat,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga sudah nekad dengan keputusan ini meskipun bakal bercerai dengan suami buat kali yang ketiga.
“Sebelum adanya kali ketiga ini, kita ada kali pertama dan kedua. Peluang kali pertama dan kedua sepatutnya harus dijaga. Bila adanya proses rujuk, harus kita perbaiki tapi saya tidak nampak perkara itu.
“Saya tahu proses kali ketiga ini memang sukar tapi keputusan saya bersebab. Mungkin tiada peluang yang disia-siakan tapi sudah takdir dan jalan kami begini,” ujarnya.
Pada masa sama, Linda memaklumkan dirinya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tetapi reda apabila jodoh mereka hanya sampai di sini sahaja.
“Saya agak malu sebenarnya untuk berdiri di sini. Saya malu dengan rakan-rakan media, ahli keluarga, saudara mara dan anak-anak.
“Tiada siapa nak perkara ini berlaku. Ini dugaan saya dan Beego. Pertemuan dan perpisahan itu sudah ditentukan. Saya juga dah usaha dengan cara saya sendiri tapi mungkin ini jalan terbaik,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia akan menerima jika ada usaha untuk berbaik daripada Beego, Linda menyifatkan dirinya kini sudah ikhlas untuk melepaskan perkahwinannya itu.
“Dia pun tahu perasaan saya. Dia kena menghormati apa yang saya rasa selama ini. Sekiranya saya memilih untuk tidak bercerai, saya takut jadi tak ikhlas. Perkara itu tidak baik.
“Kami berdua perlu ikhlas. Dia tahu apa yang dia sudah buat,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding sebutan pertama penceraian diantara Linda dan Beego terpaksa ditangguhkan disebabkan ketidakhadiran Beego.
Menurut peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaludin, notis tuntutan yang sepatutnya diserahkan oleh pihak mahkamah difahamkan tidak berjaya sampai kepada pihak Beego.
Prosiding sebutan cerai kali kedua bakal bersambung pada 6 Mac ini.
Untuk info, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tidak menyangka muzik video lagu raya terbaharunya, Jodoh Lebaran menerima sambutan luar biasa apabila berjaya meraih lapan juta tontonan dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan di YouTube.