Menjelang kemuncak Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), Kelly Azman tampil menghadiahkan sebuah muzik video istimewa yang mempersembahkan medley 10 lagu finalis AJL39.
Projek unik ini menyaksikan Kelly menyanyikan semula lagu-lagu tersebut secara langsung, sekaligus membuktikan bakatnya yang versatil.
Kelly, atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 48, menjelaskan projek bertajuk AJL39 Showcase – Kelly Azman itu mengambil masa kurang seminggu untuk disiapkan, lengkap dengan 10 persalinan berbeza.
Usaha ini dihasilkan dengan penuh dedikasi sebagai penghormatan kepada karya-karya hebat yang akan bertanding pada malam anugerah muzik berprestij itu pada 16 Februari ini.
“Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk buat persiapan termasuk dari segi konsep dan juga baju yang mana menggunakan 10 persalinan.
Ads
“Saya juga menggunakan juruvideo profesional untuk muzik video tersebut dan paling penting saya menyanyi ‘live recording’,” katanya.
Hanya Ingin Rai 10 Lagu AJL39
Ditanya mengenai inisiatif sendiri dalam menyiapkan muzik video tersebut, penyanyi lagu ‘No No No’ itu memberitahu dia hanya mahu meraikan 10 buah karya yang berjaya melangkah ke AJL39.
Ads
“Kenapa saya ada ‘effort’ sendiri untuk buat kerana mahu meraikan dan menghargai 10 buah karya yang akan bersaing di AJL39.
“Lagu-lagu yang dipertaruhkan mempunyai kualiti masing-masing. Kalau bukan saya, siapa lagi yang mahu meraikan semua finalis ini?
“Saya mahu menghiburkan netizen terutama yang meminati acara kemuncak AJL39 nanti,” katanya lagi.
Ads
Kalis Kecaman
Meski menerima reaksi yang pelbagai mengenai video tersebut, namun Kelly akui dia tidak pernah berkecil hati, sebaliknya menerima setiap persepsi dengan hati terbuka.
“Saya okay dan terima saja, sebab sejak dahulu lagi ada pihak yang kurang menyukai hasil karya saya, meskipun tidak dinafikan ramai juga yang memberikan sokongan.
“Apa pun, ia tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berkarya dan mencipta lebih banyak projek yang memberi inspirasi selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Scha Elinnea tidak menafikan dirinya ada menerima mesej dan foto berbaur lucah daripada golongan lelaki, termasuk yang sudah mempunyai isteri.
Pemilik nama lengkap Natasha Mohamed Mubeen, bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing soal tersebut selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya.
Cuma, bintang muda berusia 21 tahun ini mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati khasnya ketika berada di luar.
“Tidak dinafikan saya kerap dapat gangguan. Boleh katakan setiap minggu saya dapat gambar lucah di Instagram.
“Ada mesej yang diterima daripada kalangan mereka yang sudah berkahwin, selain orang bujang.
“Ada juga yang ajak saya keluar meski mereka tahu sudah beristeri,” akuinya.
Scha pada masa sama turut berkongsi mengenai pengalaman berdepan kritikan melampau.
“Setakat ini, tidaklah terima kecaman yang teruk, cuma pernahlah ada yang kata kalau kena rogol ni, sia-sia sahaja.
“Bila saya tengok mesej macam itu saya akan lebih berhati-hati bila keluar. Saya akan keluar bersama teman yang membuatkan situasi akan jadi lebih selamat,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Scha ditemui di sidang media memperkenalkan barisan artis di bawah pengurusan Absolut Management di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Scha turut menegaskan pakaian seksi bukan menjadi punca utama kes rogol yang berleluasa, namun ia berlaku disebabkan masalah nafsu dan mental.
“Sejujurnya saya tak rasa seksi itu mendorong ke arah kes rogol.
“Ia atas individu itu, misalnya kalau pemikiran, nafsu yang tidak boleh dikawal…Malah ada juga kes rogol ini melibatkan wanita yang menutup aurat.
“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Bagi saya, ia terjadi disebabkan nafsu dan akal masing-masing,” ujarnya.
Pelawak dan pelakon Azlee Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh rakan artis yang juga merupakan aggota Senario, Yassin menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menurut Yassin, Azlee kini berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...