Pelakon, Linda Hashim tiba bersama peguamnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9.20 pagi bagi menghadiri proses sebutan pertama bagi prosiding cerai bersama suaminya yang juga pelakon, Beego.

Menurut Linda, proses perceraian telah difailkan sejak Januari lalu dan dia sudah pun menghantar notis kepada Beego.

“Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya failkan penceraian.”

“Saya kurang pasti (keberadaan Beego) cuma dia dah dimaklumkan tentang sebutan hari ini selepas saya sudah menghantar notis mahkamah kepadanya,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, Beego difahamkan tidak hadir kerana berada di Labuan.

Tiada Persefahaman…

Terdahulu, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.

Ads

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.

Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Ads

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Pelakon, Linda Hashim tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menghadiri sebutan pertama prosiding cerai bersama suaminya yang juga pelakon, Beego. Menurut Linda, dia sudah pun mendaftarkan proses penceraian pada Januari lalu. Bagaimanapun, kelibat Beego masih belum kelihatan pagi ini. #MHnews #MediaHiburan #lindahasyim #Beego ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI