
Aktres Fasha Sandha menyatakan rasa teruja apabila berpeluang bertemu sahabatnya yang juga pelakon terkenal Nur Fazura, ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir anak pengarah Along Kamaludin, pada Ahad.
Menerusi pertemuan tersebut, Fasha dilihat memeluk erat Fazura sambil menitipkan kata-kata semangat.
Menurut Fasha, Fazura diakuinya sebagai seorang wanita dan ibu yang hebat serta cekal dalam menghadapi pelbagai ujian hidup.
View this post on Instagram
“Sayang Fazura and Fatima. Tak nak campur urusan apa pun. Kami menyayangi dan mendoakan yang baik-baik selalu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Momen tersebut dikongsikan pelakon drama Malang Si Puteri itu menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Fasha terus mendoakan yang terbaik buat Fazura sekeluarga dan semua orang.
“Jom kita doakan yang baik-baik sahaja untuk semua orang agar doa yang baik kembali pada kita.
“Terjumpa di event tadi. Tak puas jumpa sekejap sangat,” kongsinya lagi.
Netizen Kagum Lihat Keakraban Fazura & Fasha
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain mendoakan semoga persahabatan mereka kekal selama-lamanya.
“Sayang korang berdua. Sentiasa sokong satu sama lain.
“Dua-dua artis kesukaan saya. Sentiasa positif.
“Queens fix each other crown. No competition just support.
“Dua-dua cantik. Fasha antara kawan Faz yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang. Semoga persahabatan kalian kekal hingga ke syurga.
“Sahabat hebat dunia akhirat. Dah macam kembar pula mereka berdua,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fadha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI