Mereka bermula dengan 12 Bros. Kini, hanya tinggal enam pejuang sejati yang masih berdiri teguh, bersedia untuk pertempuran terakhir yang bakal mengubah segalanya! Inilah kemuncak kepada perjalanan penuh keringat dan semangat dalam MASKULIN Who’s Your Bro!

Selepas melalui sembilan episod penuh cabaran ekstrem, tiga pasukan terhebat akhirnya mara ke finale paling epik dalam sejarah rancangan ini.

Mereka sudah menempuh segala ujian paling mencabar seperti memanjat menara tinggi, bertarung dalam sawah bendang dengan pasukan ragbi, menyeberangi sungai sambil menggalas kayu balak, hingga ke cabaran triathlon yang mencabar keupayaan fizikal dan mental mereka.

Kini, detik penentuan bakal tiba. Siapakah yang benar-benar layak ditabalkan sebagai Juara MASKULIN Who’s Your Bro, membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi eksklusif? Hanya satu pasukan akan keluar sebagai the ultimate winner.

PERTEMBUNGAN TIGA GANDINGAN TERHEBAT!

Siapakah Di Antara 6 Jejaka ‘Perkasa’ Ini Yang Bakal Bergelar Juara MASKULIN Who’s Your Bro?

Ikmal & Hakimi

Ads

Dua ‘pretty boy’ yang bukan sekadar tampan, tetapi juga memiliki ketahanan luar biasa serta semangat juang yang mengagumkan! Mereka telah menunjukkan kekuatan mental yang luar biasa sepanjang pertandingan, membuktikan mereka bukan sekadar wajah cantik tetapi juga pejuang sejati.

Siapakah Di Antara 6 Jejaka ‘Perkasa’ Ini Yang Bakal Bergelar Juara MASKULIN Who’s Your Bro?

Saddam & Dr. Shazif 

Gandingan atlet sukan lasak dan personaliti kesihatan, membuktikan kekuatan bukan hanya di gim tetapi juga dalam medan pertempuran sebenar! Dengan kombinasi kecergasan, kepakaran sains sukan dan strategi yang tajam, mereka menjadi salah satu pasukan yang paling konsisten sepanjang pertandingan ini.

Ads

Siapakah Di Antara 6 Jejaka ‘Perkasa’ Ini Yang Bakal Bergelar Juara MASKULIN Who’s Your Bro?

Theeban & Syafiq 

Bekas atlet dan pelakon bersama ‘underdog’ mat despatch yang lincah! Mereka mungkin dianggap sebagai pasukan kejutan, tetapi jangan sesekali pandang rendah keupayaan mereka! Dari cabaran ke cabaran, mereka membuktikan keazaman dan daya tahan yang tinggi, menjadikan mereka ancaman besar dalam pertarungan ini.

Malam ini, tujuh stesen cabaran berbeza menanti mereka—setiap satu menguji kecerdikan strategi, kekuatan, kelincahan, kepantasan, ketahanan, dan keseimbangan. Cabaran yang lebih sukar dari sebelum ini bakal menguji sejauh mana mental dan fizikal mereka dapat bertahan.

Ads

Dari ujian ketahanan ekstrem hingga kepada cabaran berasaskan daya kreativiti dan kerjasama pasukan, semuanya direka untuk mencari pasukan yang benar-benar layak digelar juara.

Mereka akan menghadapi cabaran berat yang bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga kebijaksanaan dalam mengatur strategi, penguasaan minda, serta keberanian untuk menghadapi ketidakpastian. Satu langkah silap sahaja boleh meranapkan impian mereka untuk menggenggam trofi kejuaraan.

Siapa yang mampu bertahan hingga ke garisan penamat dan membuktikan mereka layak digelar BRO SEJATI? Adakah strategi akan mengatasi kekuatan fizikal, atau adakah daya tahan mental menjadi penentu akhir?

Jangan lepaskan FINALE MASKULIN Who’s Your Bro!

⏳ Malam ini, 7 Februari 2024
📺 Jam 9 malam di Astro Ria
🔥 Saksikan pertempuran paling epik dalam dunia kecergasan!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI