Pelakon dan pendakwah bebas, Da’i Syed memanjatkan rasa syukur selepas diberikan kepercayaan untuk berlakon di dalam filem seram terbaharu terbitan MIG yang berjudul, Dajal.
Menurut Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, selepas terpalit isu di mahkamah tahun lalu, dia sudah jarang menerima tawaran dalam bidang seni.
Buka Rezeki Tahun 2025
“Alhamdulillah filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun 2025. Sejujurnya, saya memang tiada tawaran kerja sebelum ini. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih buat MIG dan pengarah kerana sudi memanggil saya.
“Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri saya. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” katanya kepada MH.
Da’i Syed berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Dajal yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion pada Rabu.
Katanya lagi, dia kini lebih memberikan fokus dalam bidang bisnes bersama isterinya yang juga pengacara, Hana Ismail.
Ads
“Walaupun tiada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan yang menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri sedang giat jalankan bisnes tersebut.
“Walaupun Allah tidak memberikan rezeki di cabang ini, dia akan bagi di cabang lain. Namun, tangan saya masih terbuka untuk menerima rezeki dalam bidang seni.
“Saya masuk dalam industri ini dari tahun 2016 untuk sampaikan dakwah dalam nyanyian atau lakonan,” katanya lagi.
Apa Yang Berlaku Ada Hikmah
Pada masa sama, pendakwah berusia 30 tahun ini juga menyangkal dakwaan namanya digam berikutan kes mahkamah yang masih berjalan ketika ini.
Ads
“Kalau orang takut, takkan MIG nak ambil saya. Saya pun tidak pasti. Kena tanya kepada pengarah atau produser. Apapun, saya akan sentiasa bersikap profesional.
“Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya pasti akan buat yang terbaik,” katanya.
Malah, Da’i Syed menyifatkan segala yang berlaku ini mempunyai hikmah yang tersendiri dan dia kini boleh meluangkan masa dengan anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail
Ads
“Masa itu adalah emas. Walaupun sesaat, saya nak menghabiskan waktu saya untuk melihat anak saya membesar di depan mata.
“Walaupun saya tidak menerima tawaran-tawaran lain, tapi saya dapat tawaran daripada Allah untuk melihat anak saya membesar.
“Sejak 17 hari saya meninggalkan anak saya, kini usianya sudah hampir enam bulan. Tak lama lagi sudah boleh makan pula,” akhirinya.
Pada Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen, Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed yang sudah meringkuk selama 21 hari di Penjara Kajang, dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lari daripada kebiasaan watak yang dijayakannya sebelum ini, pelakon Intan Najuwa berasa cukup teruja membawakan karakter wanita berperwatakan ‘boyish’ menerusi drama terbaharu lakonannya, Jodohku Babysitter.
Walaupun begitu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, bersyukur dia tidak perlu mengorbankan rambut panjang yang selama ini menjadi imejnya bagi menjayakan watak Adelia Faranisa.
“Jujur sebenarnya watak Adelia memang berperwatakan kasar dan boyish. Walaupun begitu pengarah tak nak buat dia nampak terlalu boyish, Adelia masih ada keayuan dia.
“Memang pada awalnya pengarah nak minta saya potong rambut tapi setelah berbincang, watak ini boleh juga dibawakan dengan saya ikat rambut dan pakai topi.
“Tak semestinya kena potong rambut untuk nampak boyish,” kata Intan kepada MH dalam majlis sidang media drama Jodohku Babysitter yang diadakan secara virtual pada Rabu.
Jika diperhatikan kebanyakan naskhah drama yang pernah dibintangi Intan, kesemuanya memaparkan watak lemah lembut serta selalu dianiya.
Menerusi watak Adelia ini, Intan dapat menyerlahkan sisi lain dirinya kepada penonton yang selama ini mengikuti perkembangan karier seninya.
“Dalam drama ini saya hanya jadi diri sendiri… saya pun tidaklah sopan sangat. Untuk menampakkan karakter boyish, saya tonjolkan melalui cara berjalan serta percakapan.
“Dalam drama ini pun ada babak saya bawa motosikal, memang berbezalah daripada watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar ini menampilkan gandingan pertama Intan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.
Drama ini menghiasi slot MegaDrama Astro Ria (104) yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Selain Intan dan Aliff, drama ini turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan Isaac Iman.
Ia mengisahkan tentang Adam, duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adelia yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka di hati Adam serta anak-anaknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nampaknya Suhaimi Saad kini sangat trending dengan kata-kata azimat ‘bumi adalah leper’. Walaupun Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar telah memberi tindakbalas, namun penyanyi nasyid ini masih kekal dengan pendiriannya.
Jom lihat antara komen selebriti dan influencer dalam hal ini. Macam-macam hal.
“Tidak kiralah anda percaya bumi itu sfera atau rata, tapi percayalah Kanser Payudara adalah pembunuh utama wanita di Malaysia.” – KKMPutrajaya. Diretweeted oleh Menteri Kesihatan
Tidak kiralah anda percaya bumi itu sfera atau rata, tapi percayalah Kanser Payudara adalah pembunuh utama wanita di Malaysia.
Lebih 56% kanser di Malaysia adalah Kanser Payudara.
“Kan. Buat apa nak give him the attention he desires.” – Adibah Noor
“Bentuk Muka Bumi Menurut Perspektif Quran. Saiz bumi yang berdiameter 4000 mil menunjukkan satu saiz yg sangat besar. Bila kita duduk di satu globe yang sebesar dan seluas itu, itu yg nampak mendatar ja tu.” – Yana Samsudin
BENTUK MUKA BUMI MENURUT PERSPEKTIF QURAN
1- Saiz bumi yang berdiameter 4000 mil menunjukkan satu saiz yg sangat besar. Bila kita duduk di satu globe yang sebesar dan seluas itu, itu yg nampak mendatar ja tu…. https://t.co/W62VuZKxnN
Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya telah pun menamatkan segala kontrak kerjasama dengan jenama-jenama yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman yang dilakukan pihak Israel.
Menurut Fatin, perkara ini juga merupakan antara faktor mengapa dia kini tidak lagi aktif di media sosial.
“Ketika ini, kempen boikot sedang rancak berjalan di media sosial. Jadi, saya memang mengelak untuk berkerjasama dengan jenama yang menyokong genocide.
“Kalau anda lihat platform media sosial saya, semua jenama-jenama tersebut sudah tiada lagi. Dahulu, saya akan bekerjasama dengan bermacam-macam jenama.
“Sebab itu ramai yang tanya kenapa saya tak aktif lagi di media sosial. Apa lagi yang saya nak buat?
“Saya dah hentikan kerjasama dengan mereka. Saya bagitahu kepada pengurusan yang saya tak nak buat lagi,” katanya kepada MH.
Meskipun mengetahui kesan yang bakal ditanggung kerana menamatkan kontrak, Fatin tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan oleh Allah SWT.
“Kita ada budi bicara dan saya tak nak bermusuh dengan pihak-pihak yang menguruskan jenama tersebut. Tapi saya tahu kesannya. Nama saya akan disenarai hitamkan oleh jenama tersebut.
“Namun, saya tak kisah. Rezeki di bumi Allah ini luas. Kalau tak dapat daripada jenama ini, kita akan dapat rezeki lain.
“Saya tak takut pun fasal hilang pendapatan. Kata suami, kalau saya tiada duit, dia boleh bagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Tentang Bulan ini turut mendedahkan dirinya kerap diserang keresahan gara-gara mengikuti segala perkembangan yang berlaku di Palestin.
“Sebelum ini, saya memang aktif berkongsi mengenai Palestin di media sosial. Namun, sesuatu telah berlaku kepada saya.
“Saya mengalami keresahan sampai tak boleh tidur kerana melihat video-video bayi yang dibom. Jadi, suami nasihatkan saya untuk kurangkan menonton video tersebut.
“Kini saya perlahan-lahan kembali menggunakan pengaruh saya untuk menyebarkan kesedaran,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!