Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Menurut Awie, komitmen tersebut diambil bersama anggota tiga kumpulan itu bagi memastikan persembahan yang terbaik serta memberikan pengalaman bermakna kepada peminat.
“Sudah hampir sebulan kita berlatih untuk konsert ini. Yang ‘pengsan’ sudah tentulah saya. Untuk setiap band, saya akan berlatih selama tiga jam. Jadi, sembilan jam secara keseluruhannya.
“Saya perlu ada masa untuk setiap band ini supaya saya boleh fokus mendengar, berlatih dan menyanyi. Agak berat juga tugasan ini tapi ini adalah kemahuan kami.
“Kami mahu mencipta sesuatu untuk Malaysia. Setelah penat sebulan berlatih, sudah pasti kami ingin buat yang terbaik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sejati ini berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Triad di Al Pamelo Studio, Ampang pada Jumaat.
Ads
Persediaan Sudah Cecah 80%
Katanya lagi, dia juga sedang memberikan fokus yang lebih terhadap lagu-lagu lama yang jarang dibawakan sebelum ini.
“Persediaannya sudah memasuki 80 peratus. Ia termasuk dari segi muzik, nyanyian dan penghafalan lagu-lagu. Ada sedikit bahagian yang perlu diperbetulkan lagi.
“Bersama Search Kid Din pula, mereka memang tiada masalah. Cuma saya sahaja perlu lebih fokus kerana ada lagu yang bukan lagu saya.
“Ada juga rasa kekok. Namun, saya memang peminat Search sejak dahulu. Jadi, ada lagu yang selamba sahaja saya nyanyi,” ulasnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Awie akui sedikit risau mengenai keadaan kesihatannya menjelang konsert yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Semua baik sahaja. Cuma ketika ini, perut saya kembung sedikit. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kudrat. Saya sudah pun membuat pemeriksaan di hospital.
“Doktor sudah pun memberikan ubat. Insha-Allah, dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya akan okay. Di rumah juga saya melakukan senaman.
Ads
“Saya cuma minta untuk tidak sakit dan jangan demam. Minta dijauhkan. Saya lihat kawan-kawan lain pun di tahap terbaik. Bila sorang semangat, semua akan jadi semangat, akhirinya.
Terdahulu, Konsert Triad yang menghimpunkan tiga band rock iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya akan berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 14 Febuari ini.
Bukan sekadar melakar sejarah dalam industri muzik, konsert itu bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi Ayu Damit iaitu Damit Osiri, 72, terpaksa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, selepas tidak sedarkan diri, semalam.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit,32,bapanya menghidap penyakit kanser otak tahap empat sejurus dikesan mempunyai ketumbuhan pada bahagian kepala sebelum ini.
“Semalam ayah dibawa ke unit kecemasan selepas tidak sedarkan diri. Ketika itu doktor minta mak, adik beradik beradik saya dan keluarga lain bersedia bila masa-masa. Seolah-olah ayah sudah tidak ada harapan.
“Alhamdulillah, jam 3 pagi ayah sudah sedarkan diri selepas diberi rawatan di wad. Saya baharu saja dapat bercakap dengan dia. Difahamkan keadaannya stabil.
“Ayah disahkan menghidap kanser otak tahap empat selepas dikesan ada ketumbuhan dalam kepala.
“Sekarang ia sudah merebak ke bahagian lain pula. Insya-Allah semoga ayah terus kuat. Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Ayu menambah, dia kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran pulang ke Sabah selepas kali terakhir berjumpa bapanya itu, Mac lalu.
“Sebelum puasa saya ada pulang ke sana. Sempat juga buat kenduri doa selamat. Ketika itu nampak ayah sihat saja. Saya cakap, nak pulang sambut hari raya bersama mereka.
“Malangnya, kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Jadi, tak dapatlah nak balik.
“Sekarang pun saya masih menunggu keputusan samada permohonan saya diluluskan untuk pulang atau sebaliknya. Dalam masa sama, saya buat ujian saringan Covid-19 terlebih dulu.
Apa pun, saya berdoa semoga dipermudahkan,” katanya lagi.
Perkembangan mengenai status kesihatan bapanya turut dikongsikan Ayu menerusi media sosial miliknya.
Aktor popular, Aaron Aziz mendedahkan dia kini telah mendapat nasihat pihak doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia seni dan harus segera menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian lehernya.
Bagaimanapun, Aaron memaklumkan dia terpaksa menunda dahulu prosedur tersebut memandang dia kini mempunyai pelbagai komitmen melibat hal kerja.
“90 minutes dalam benda ni. Doctor said I need surgery and need to be on medical leave for two month.
“Tapi tak boleh sebab banyak on going project sekarang ni. So for now I’m just using the drugs to kill the pain,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia kini harus bergantung dengan ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan.
“Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doc said the tumor is bigger,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Aaron dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
“Proud of you Datuk. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera pada Datuk. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Ya Allah, hilangkanlah kesakitan dan berikan kesembuhan kepada Aaron Aziz.
“Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
“Allahu, comeback stronger bang. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aaron mendedahkan dirinya kini sedang mengalami kesakitan di bahagian saraf.
Malah, dia juga terpaksa menggunakan pelindung leher bagi mengurangkan rasa sakit.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin kebelakangan ini kerap berkongsi momen mesra bersama suami, Farzan Iqbal di laman media sosial Instagram.
Bukan itu sahaja, Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin juga dilihat sangat bahagia sebagai pasangan pengantin baru bersama suaminya yang difahamkan seorang doktor.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...